Organisasi Islam untuk Pendidikan, Ilmu Pengetahuan dan Kebudayaan

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Loncat ke navigasi Loncat ke pencarian
منظمة العالم الإسلامي للتربية والعلوم والثقافة
Islamic world Educational, Scientific and Cultural Organization
Organisation du monde islamique pour l’Education, les Sciences et la Culture
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Dunia Islam
الشعار الجديد للإيسيسكو
Bendera
Pusat administrasiRabat, Maroko
Bahasa resmiArab, Inggris, Perancis
Keanggotaan52 negara anggota
Pemimpin
• Direktur Jenderal
Dr. Salim AlMalik
Situs web resmi
www.isesco.org.ma

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Dunia Islam (ICESCO)[1][pranala nonaktif permanen] (bahasa Arab:  منظمة العالم الإسلامي للتربية والعلوم والثقافة, bahasa Inggris: Islamic world Educational, Scientific and Cultural Organization, bahasa Prancis: Organisation du monde islamique pour l’Education, les Sciences et la Culture) adalah sebuah organisasi khusus yang beroperasi di bawah Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC).

Lanya  terlibat dalam bidang pendidikan, sains, budaya dan komunikasi di antara negara-negara Islam untuk menyokong dan mengukuhkan hubungan di kalangan negara anggota. Ibu pejabat pertubuhan ini terletak di Rabat dan diketuai oleh  Dr. Salim M. Al-Malik sebagai Ketua Pengarah.

Latar Belakang Sejarah Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Satu Resolusi telah dikeluarkan oleh Persidangan Sidang Kemuncak Islam Ke-3 yang diadakan di Makkah Al-Mukarramah, pada 25-28 Januari 1981 adalah pengesahan muktamad untuk menubuhkan sebuah badan Islam antarabangsa yang baru bernama "Organisasi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Islam", bersama-sama organisasi-organisasi  Islam yang juga beroperasi dalam Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC).

Pada hari Rabu 30 Januari 2020, sesi ke-40 Majlis Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Islam yang diadakan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, pada 29-30 Januari 2020, menerima pakai pengubahsuaian nama pertubuhan ke dalam "Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Dunia Islam" (ICESCO). Sehubungan ini, Dr Salim M. AlMalik, Ketua Pengarah ICESCO, menyatakan bahawa pengubahsuaian nama Pertubuhan itu bertujuan untuk memperjelaskan misi-misinya yang sebenar yang mana ianya tidak berkaitan dengan dakwah serta membuka prospek luas supaya  kehadirannya di peringkat antarabangsa dapat dirasai. Ketua Pengarah juga menekankan bahawa nama baru itu secara tepat mencerminkan sifat misi peradaban ICESCO dalam bidang pendidikan, sains, budaya dan komunikasi, serta tujuan dan objektifnya. [2]

Objektif[sunting | sunting sumber]

a) Memperkukuhkan, mempromosikan dan menyatukan kerjasama antara negara-negara anggota dalam bidang pendidikan, sains, budaya dan komunikasi, serta mengembangkan dan menaiktaraf bidang-bidang ini, dalam kerangka rujukan tamadun dunia Islam yang bertunjangkan nilai dan prinsip kemanusiaaan Islam.

b) Menyatukan pemahaman di kalangan orang di dalam dan di luar negara anggota serta menyumbang kepada keselamatan keamanan dunia melalui pelbagai cara terutamanya melalui pendidikan, sains, budaya dan komunikasi;

c) Memperkenalkan imej dan budaya Islam yang sebenar, menggalakkan dialog antara tamadun, budaya dan agama, dan berusaha untuk menyebarkan nilai keadilan dan kedamaian serta prinsip kebebasan dan hak asasi manusia, sesuai dengan perspektif peradaban Islam.

d) Menggalakkan interaksi budaya dan menyokong aspek kepelbagaian budaya di negara anggota, di samping mengekalkan identiti budaya dan melindungi kebebasan pemikiran.

e) Memperkukuhkan  kesalingan dan penyelarasan di kalangan institusi khusus dalam Pertubuhan Negara-negara Islam, dalam pendidikan, sains, budaya dan komunikasi di kalangan negara anggota ICESCO, dan menggalakkan kerjasama dengan institusi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkongsi kepentingan yang sama di dalam dan di luar negara anggota.

f) Menarik minat dalam budaya Islam, menyerlahkan keistimewaannya dan mempromosi mercu tanda dalam kajian intelektual, penyelidikan saintifik dan kurikulum pendidikan.

g) Bekerja ke arah mewujudkan kesalingan dan hubungan antara sistem pendidikan negara-negara anggota.

h) Menyokong usaha institusi pendidikan, saintifik dan budaya untuk umat Islam di negara bukan negara anggota ICESCO.

NEGERA AHLI ISESCO DAN TARIKH KEMASUKAN[sunting | sunting sumber]

Piagam ICESCO menetapkan bahawa setiap negara anggota penuh Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) akan menjadi ahli ISESCO selepas secara rasmi menandatangani Piagam, melengkapkan formaliti keanggotaan dari segi perundangan, dan memaklumkan, secara bertulis kepada Lembaga Pengarah ICESCO. ICESCO terdiri daripada lima puluh empat (54) Negara Anggota daripada lima puluh tujuh (57) Negara Anggota Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC). Negara anggota disusun mengikut urutan abjad Arab:

Akronim ICESCO dibentuk dari nama organisasi Pertubuhan:

IslamiC World Educational, Scientific and Cultural Organization.

Anggota[sunting | sunting sumber]

ISESCO mempunyai 52 negara anggota, berikut ini daftar negara anggota ISESCO:

Negara anggota Bergabung Catatan
 Azerbaijan 1991
 Yordania 1982
 Afganistan 2003
 Uni Emirat Arab 1983
 Indonesia 1986
 Uganda 2012
 Iran 1992
 Pakistan 1982
 Bahrain 1982
 Brunei 1985
 Bangladesh 1982
 Benin 1988
 Burkina Faso 1982
 Tajikistan 1993
 Chad 1982
 Togo 2002
 Tunisia 1982
 Aljazair 2000
 Jibuti 1982
 Arab Saudi 1982
 Sudan 1982
 Suriname 1996
 Suriah 1982
 Sierra Leone 1984
 Senegal 1982
 Somalia 1982
 Irak 1982
 Oman 1982
 Gabon 1982
 Gambia 1982
 Guyana 2014
 Guinea 1982
 Guinea-Bissau 1984
 Palestina 1982
 Kazakhstan 1996
 Qatar 1982
 Komoro 1982
 Kirgizstan 1996
 Kamerun 2001
 Pantai Gading 2001
 Kuwait 1982
 Lebanon 2002
 Libya 1984
 Maladewa 1982
 Mali 1982
 Malaysia 1982
 Mesir 1984
 Maroko 1984
 Mauritania 1982
 Niger 1982
 Nigeria 2001
 Yaman 1983

Pranala luar[sunting | sunting sumber]