Upin & Ipin (musim keenam)

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Upin & Ipin (Musim keenam)
Negara asalMalaysia
Jumlah episode14
Rilis
Tanggal tayang18 Maret (2012-3-18) –
30 Desember 2012 (2012-12-30)
Kronologi Musim
← Sebelumnya
Musim kelima
Selanjutnya →
Musim ketujuh
Daftar episode Upin & Ipin

Sempena musim keenam, slot tayangan Upin & Ipin telah berpindah ke Minggu 6 petang, mulai 18 Maret 2012.[1].
Tajuk penuh bagi musim ini ialah Upin & Ipin Musim 6.

Daftar episode[sunting | sunting sumber]

# Judul Siaran pertama
1a"Mainan Baru (bhg 1)"18 Maret 2012 (2012-3-18)
Upin dan Ipin kalah teruk dalam perlombaan karena kereta mainan lama mereka yang ditarik dengan tali tidak mampu menyaingi kecanggihan kereta mainan kawalan jauh milik kawan-kawan mereka, lalu ditertawakan khususnya oleh Ehsan yang keretanya paling besar dan canggih. Dengan rasa tidak puas hati, mereka berdua coba memujuk Opah supaya membelikan mereka yang baru.
1b"Mainan Baru (bhg 2)"18 Maret 2012 (2012-3-18)
Upin dan Ipin disuruh oleh Ros supaya membawa bekalan makanan kepada Opah di ladang getah. Di sana, mereka kasihan melihat Opah bekerja keras, dan turut menolong Opah bekerja dengan mengutip susu getah.
1c"Mainan Baru (bhg 3)"18 Maret 2012 (2012-3-18)
Setelah penat bekerja di ladang getah, Upin dan Ipin diberi duit sebagai ganjaran oleh Opah supaya mereka boleh membeli kereta baru. Dengan senang hatinya, mereka menurunkan kereta baru mereka pada perlumbaan seterusnya. Ehsan akhirnya menerima padah daripada bermegah dengan keretanya apabila bateri habis.
2a"Tangkap Dia (bhg 1)"10 Juni 2012 (2012-6-10)
Ketika sibuk menyiapkan kerja rumah, rumah Upin dan Ipin dikerumuni oleh kelkatu. Opah dan Kak Ros sempat membantu dengan memadamkan beberapa biji lampu dan meletakkan besen yang penuh dengan air di bawah lampu yang masih menyala untuk menarik kelkatu.
2b"Tangkap Dia (bhg 2)"10 Juni 2012 (2012-6-10)
Upin dan Ipin mengejar seekor katak yang muncul dalam rumah mereka dan keluar hingga ke sungai, tetapi katak itu terlepas akhirnya. Mereka turut bertembung dengan kawan-kawan mereka yang turut sibuk memburu haiwan kecil untuk dibawa ke tadika keesokan hari.
2c"Tangkap Dia (bhg 3)"10 Juni 2012 (2012-6-10)
Usaha memburu Upin & Ipin masih belum berhasil. Mail turut menolong mereka dengan kepakarannya tentang serangga, itu pun masih tidak membuahkan hasil. Akhirnya, Upin dan Ipin dengan kebetulan sahaja menemui kepompong rama-rama dan katak yang mereka kejar tadi.
3a"Kembara ke Pulau Harta Karun (bhg 9)"17 Juni 2012 (2012-6-17)
Hang Upin, Hang Ipin dan kawan-kawan merampas bola sakti dari puak Pulu-Pulu, tetapi pahlawan-pahlawan Pulu-Pulu sempat mengejar mereka. Sewaktu dikejar, Mei Mei mengingatkan Jarjit bahawa bola itu hanya boleh menunaikan satu hajat sahaja. Hang Upin sempat menumpaskan dan menanggalkan topeng seorang pahlawan berbadan besar dan pahlawan itu kelihatan tergamam. Hang Upin tidak dapat bersembang lama dengannya kerana terpaksa naik kapal dengan cepat bersama kawan-kawan, kecuali Ijat yang ditangkap oleh Pulu-Pulu. Di atas kapal, Dzul sebak menjelaskan kepada Hang Upin dan Hang Ipin bahawa sesiapa yang ditangkap oleh Pulu akan dipaksa menjadi Pulu-Pulu. Akan tetapi, mereka semua di atas kapal dapat dikejar oleh puak Pulu yang datang untuk mengambil balik bola sakti serta menghukum Hang Upin, Hang Ipin dan kawan-kawan dengan memusnahkan kapal mereka.
3b"Kembara ke Pulau Harta Karun (bhg 10)"17 Juni 2012 (2012-6-17)
Hang Hang Upin, Hang Ipin dan kawan-kawan terselamat dengan terdampar di pantai. Mereka dapat mempertahankan bola sakti berkat kepanjangan akal Jarjit, tetapi kehilangan Mail. Mereka cuba memulihkan Mail dan Ijat dengan berhajat pada bola sakti, tetapi tampaknya ia tidak berkesan. Hang Upin, Hang Ipin dan kawan-kawan turut bertembung semula dengan Gergasi Batu dan meminta tolongnya tentang bola sakti. Jelas Gergasi Batu, bola sakti hanya boleh digunakan sewaktu gerhana matahari, dan gerhana itu hanya berlaku sekali dalam seratus tahun, iaitu esok. Tidak lama kemudian, ketika berunggun api, Gergasi Batu menerangkan sejarah Pulu-Pulu, bahawa dahulu kala mereka aman, kemudian ditakluk oleh seorang ratu jahat yang memaksa mereka memakai 'topeng puaka'. Maka begitulah yang dibuat ke atas Ijat. Di tengah malam, Jarjit dan lanun-lanunnya membawa pergi bola sakti, lalu bertembung dengan Pulu-Pulu dan seorang 'kenalan'.
3c"Kembara ke Pulau Harta Karun (bhg 11)"17 Juni 2012 (2012-6-17)
Hang Upin, Hang Ipin dan lain-lain sempat mencari Jarjit dalam keadaan selamat, dan Jarjit menerangkan kepada mereka bahawa bola sakti telah dirampas oleh Ijat yang sudah disumpah oleh Pulu-Pulu. Pada pagi keesokan, Upin, Ipin dan lain-lain menyusup masuk kubu utama Pulu-Pulu dalam gunung berapi untuk menyelamatkan Ijat, menghalang ratu jahat daripada meminta hajat dengan bola sakti di bawah gerhana matahari, serta mematahkan sumpahan Pulu-Pulu. Dalam saat genting dalam gunung berapi, Mail muncul bersama Garuda untuk menyelamat.
4a"Kembara Kecil-Kecilan (bhg 1)"22 Juli 2012 (2012-7-22)
Upin dan Ipin dimarahi oleh Kak Ros kerana pergi jauh bermandi dalam sungai serta mengabaikan bilik tidur mereka yang bersepah, lalu menghukum mereka dilarang keluar bilik sehingga mereka siap mengemas. Kak Ros begitu bengis dan marah dengan sikap adik-adiknya sehingga mengugut untuk mengecilkan badan mereka sehingga dijadikan makanan lipas. Dalam mengemas, Upin dan Ipin cepat letih dan berehat sejenak atas katil, kemudian bangun dan mendapati diri mereka dalam bilik yang jauh lebih besar.
4b"Kembara Kecil-Kecilan (bhg 2)"22 Juli 2012 (2012-7-22)
Upin dan Ipin sudah mengecil! Pada mulanya, mereka begitu seronok menjelajah dunia baru yang tidak seberapa baru. Akan tetapi, mereka turut menempuh pelbagai cabaran yang baharu seperti bahaya dipijak, mudah ditiup dan dikejar oleh haiwan kecil yang sudah menjadi besar, terutama sekali katak yang pernah ditangkap oleh mereka dalam episod "Tangkap Dia".
4c"Kembara Kecil-Kecilan (bhg 3)"22 Juli 2012 (2012-7-22)
Setelah penat diganas oleh si katak, Upin dan Ipin terjatuh ke dalam tong sampah dan berdepan dengan ancaman cuaca, lipas serta dibuang ke dalam lori sampah. Akhirnya mereka bangun dari igauan dan kembali mengemas bilik, kali ini dengan bantuan Kak Ros yang memuji kerajinan mereka.
5a"Terima Kasih Cikgu! (bhg 1)"29 Juli 2012 (2012-7-29)
Cikgu Jasmin akan melanjutkan pelajaran ke menara gading di Kuala Lumpur. Upin, Ipin dan kawan-kawan sedih. Cita-cita Cikgu Jasmin untuk menjadi cikgu besar diusik oleh Fizi dengan mencadangkan agar Cikgu Jasmin makan lebih banyak agar dapat menjadi cikgu besar.
5b"Terima Kasih Cikgu! (bhg 2)"29 Juli 2012 (2012-7-29)
Upin dan Ipin memberitahu Opah tentang keputusan Cikgu Jasmin untuk melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur. Upin dan Ipin berbincang dengan kawan-kawan untuk majlis perpisahan Cikgu Jasmin.
5c"Terima Kasih Cikgu! (bhg 3)"29 Juli 2012 (2012-7-29)
Upin dan Ipin mengingat kembali hari pertama mereka ke tadika. Ijat sangat sedih dengan keputusan Ckgu Jasmin. Cikgu Jasmin diganti dengan Cikgu Melati.
6a"Iqra' (bhg 1)"12 Agustus 2012 (2012-8-12)
Kak Ros puasa ganti. Ipin tak tahu Kak Ros puasa lalu ingin belanja kak Ros makan ais-krim. Kak Ros menakutkan Upin dan Ipin yang Ustaz kepada Upin dan Ipin sangat garang.
6b"Iqra' (bhg 2)"12 Agustus 2012 (2012-8-12)
Upin dan Ipin membeli minyak di kedai. mereka turut mengambil kesempatan ini untuk membeli barang lain tetapi kekurangan duit. Esok puasa. Kawan-kawan turut berada di masjid untuk mengaji.
6c"Iqra' (bhg 3)"12 Agustus 2012 (2012-8-12)
Upin dan Ipin belajar mengaji dengan Ustaz.
7a"Rasai Kemenangan (bhg 1)"19 Agustus 2012 (2012-8-19)
Ehsan bakal demam.
7b"Rasai Kemenangan (bhg 2)"19 Agustus 2012 (2012-8-19)
Ehsan tak hadir ke sekolah. Upin dan Ipin merawat Ehsan dengan berbuah tangankan sekotak kurma. Ehsan perlu makan obat 3 kali sehari. Oleh itu, Ehsan sudah berbuka banyak kali.
7c"Rasai Kemenangan (bhg 3)"19 Agustus 2012 (2012-8-19)
Upin dan Ipin meminta maaf daripada Opah dan Kak Ros. Upin dan Ipin beraya di rumah Ustaz. ustaz memberitahu Upin, Ipin dan kawan-kawan bahawa cerita kegemaran Upin, Ipin dan kawan-kawan adalah cerita lama.
8a"Bulan Hantu (bhg 1)"26 Agustus 2012 (2012-8-26)
Upin, Ipin dan kawan-kawan mengejar bola yang tersepak ke dalam lori sehingga tiba di tapak pementasan sambutan Perayaan Hantu oleh masyarakat Cina. Dalam perjalanan pulang dari situ, menolong Mei Mei membawa bekalan epal ke rumahnya untuk disembah kepada hantu-hantu.
8b"Bulan Hantu (bhg 2)"26 Agustus 2012 (2012-8-26)
Opah menceritakan secara lebih jelas kepercayaan Cina berkenaan bulan ketujuh dalam takwim Cina yang mana hantu muncul dari alam lain untuk meminta makanan sebagai sembahan, serta opera sebagai penyeri sambutan Perayaan Hantu kepada Upin dan Ipin. Kemudian, dia mengajak mereka dan Kak Ros sekali untuk menyaksikan opera Cina.
8c"Bulan Hantu (bhg 3)"26 Agustus 2012 (2012-8-26)
Upin dan Ipin merayau-rayau ke sebalik pentas dan turut menolong Ah Tong dan para pelakon. Selepas itu, mereka menyaksikan opera Cina tetapi dengan mengganggu sedikit.
9a"Hari Misteri (bhg 1)"23 September 2012 (2012-9-23)
Opah lupa hari ini Hari Jadi Upin dan Ipin. Hari ini hari Sabtu. Tarikh hari ini ialah 16 hari bulan.
9b"Hari Misteri (bhg 2)"23 September 2012 (2012-9-23)
Kawan-kawan membuat persiapan Sambutan Hari Jadi Upin dan Ipin.
9c"Hari Misteri (bhg 3)"23 September 2012 (2012-9-23)
Di Sambutan Hari Jadi Upin dan Ipin, kawan-kawan hadiahkan Upin dan Ipin set Detektif baru. Kak Ros hadiahkan Upin dan Ipin buku. Opah hadiahkan Upin dan Ipin gambar keluarga yang diambil bersama Ayah, Ibu dan Kak Ros.
10a"Raja Buah (bhg 1)"18 November 2012 (2012-11-18)
Tok Dalang belanja Upin dan Ipin ABCD (Ais Batu Campur Durian) Uncle Muthu. Upin dan Ipin meminta keberanan dari Opah untuk ke dusun Tok Dalang malam nanti.
10b"Raja Buah (bhg 2)"18 November 2012 (2012-11-18)
Upin and Ipin ke dusun Tok Dalang pada waktu malam. Tok Dalang bercerita tentang nama Kampung Durian Runtuh. Tok Dalang memperkenalkan pelbagai jenis durian kepada Upin dan Ipin.
10c"Raja Buah (bhg 3)"18 November 2012 (2012-11-18)
Jarjit bertanding dengan durian Belanda. Pemenang Raja Buah Kampung Durian Runtuh 2012 ialah Durian Duri Hitam milik Tok Dalang.
11a"Cari & Simpan (bhg 1)"25 November 2012 (2012-11-25)
Upin dan Ipin diberi upah oleh Tok Dalang kerana membantunya. Upin dan Ipin membeli ais-krim dengan upah yang diberi oleh Tok Dalang. Kak Ros cabar Upin dan Ipin untuk menyimpan RM1 dalam seminggu. Upin dan Ipin pinjam duit daripada Ehsan agar dapat memenuhi cabaran Kak Ros. Upin dan Ipin membantu Cikgu Melati agar dapat upah. Upin dan Ipin membeli ais-krim dengan duit yang diberi oleh Cikgu Melati.
11b"Cari & Simpan (bhg 2)"25 November 2012 (2012-11-25)
Upin dan Ipin membantu Mail di gerai untuk upah. Sebagai gurauan, Mail beri upah 50 sen seorang. Kemudian, Mail beri upah seorang RM5 kepada Upin dan Ipin.
11c"Cari & Simpan (bhg 3)"25 November 2012 (2012-11-25)
Upin dan Ipin menyimpan upah yang diberi oleh Mail dalam bantal. Kak Ros tukar cadar untuk Upin dan Ipin. Upin dan Ipin menjual ais-krim Malaysia agar dapat simpan lebih banyak duit. Upin dan Ipin membuka akaun simpanan di bank.
12a"Kenangan Mengusik Jiwa (bhg 1)"16 Desember 2012 (2012-12-16)
Upin & Ipin menonton film P.Ramlee di rumah Tok Dalang. Upin, Ipin dan kawan-kawan, Kak Ros, Tok Dalang dan abang Salleh berlakon watak-watak dalam film P.Ramlee.
12b"Kenangan Mengusik Jiwa (bhg 2)"16 Desember 2012 (2012-12-16)
Upin, Ipin, dan kawan-kawan, Opah, Kak Ros berlakon watak-watak dalam film P.Ramlee. Uncle Ah Tong hilangkan kunci kotaknya. Tayar kereta Aziz Sattar meletup di depan gerai Uncle Muthu, Tok Dalng dan Uncle Ah Tong takut apabila mendengar bunyi tayar meletup.
12c"Kenangan Mengusik Jiwa (bhg 3)"16 Desember 2012 (2012-12-16)
Uncle Muthu, Uncle Ah Tong dan Tok Dalang sempat bersembang dengan Aziz Sattar. Abang Salleh pengsan apabila terjumpa Aziz Sattar di gerai Uncle Muthu. Uncle Muthu sempat memperoleh tanda tangan Aziz Sattar tapi abang Salleh tidak sempat. Adegan yang dihapus adalah Tok Dalang, Uncle Mutho & Azis Sattar bertemu Abang Saleh Ketika Pingsan
13a"Taman Mesra (bhg 1)"23 Desember 2012 (2012-12-23)
Pertandingan Taman Tercantik akan diadakan di antara kelas-kelas Tadika Mesra. Upin & Ipin dan kawan-kawan perlu membawa barang kitar semula ke tadika.
13b"Taman Mesra (bhg 2)"23 Desember 2012 (2012-12-23)
Upin & Ipin dan kawan-kawan menghias taman mereka dengan idea-idea menarik.
13c"Taman Mesra (bhg 3)"23 Desember 2012 (2012-12-23)
Pemenang pertandingan adalah kelas Upin & Ipin.
14a"Sedia Menyelamat (bhg 1)"30 Desember 2012 (2012-12-30)
Upin & Ipin dan kawan-kawan menyertai latihan kebakaran yang diadakan di tadika.
14b"Sedia Menyelamat (bhg 2)"30 Desember 2012 (2012-12-30)
Upin & Ipin dan kawan-kawan belajar cara memadam api, tugas bomba selain memadam api dan naik kereta bomba.
14c"Sedia Menyelamat (bhg 3)"30 Desember 2012 (2012-12-30)
Upin & Ipin telah mengacau Ehsan dan Fizi, MeiMei dan Susanti, dan Uncle Muthu dengan pistol air Ehsan dan Fizi.

Referensi[sunting | sunting sumber]