Abdul Jalil Syah dari Siak

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Lompat ke: navigasi, cari
Abdul Jalil
Sultan Siak Sri Inderapura
Pemerintahan 17231746
Nama lengkap Sultan Abdul Jalil Rahmad Syah I
Gelar Yang Dipertuan Besar Johor
Yang Dipertuan Besar Siak
Tempat lahir Kota Tinggi, Johor Lama
Tempat wafat Id-siak1.GIF Siak
Penerus Sultan Mahmud
Dinasti Malaka
Ayah Sultan Mahmudsah II/ Sultan Mahmud mangkat di julang, sultan Johor
Ibu Cik Pong

Sultan Abdul Jalil Syah atau Sultan Abdul Jalil Rahmad Syah I, dikenal juga dengan panggilan Raja Kecik atau Raja Kecil merupakan putra dari Sultan Mahmud Shah dari Johor kemudian mendirikan Kesultanan Siak Sri Inderapura. Walaupun baginda diasuh dan dibesarkan di Pagaruyung, namun baginda dilahirkan di Kota Tinggi, Johor Lama. Baginda mengaku sebagai anakanda atau pewaris sah Sultan Mahmud. istri raja kecik orang palembang juga dari musirawas yakni putri seorang dipati musirawwas palembang

Biografi[sunting | sunting sumber]

Raja Kecil merupakan seorang penuntut takhta Kesultanan Johor mendakwa ia ialah anak Sultan Mahmud Shah II yang sah yang dilahirkan di Kota Tinggi, Johor Lama.

Menurut buku "Leaves of the Same Tree: Trade and Ethnicity in the Straits of Melaka", karangan Leonard Y. Andaya. Dia merujuk kepada Hikayat Siak bahawa Raja Kecil atau Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah merupakan putra Sultan Mahmud Shah II.[1] Ketika usia kecil, baginda Raja Kecil telah dilarikan oleh pembesar baginda ke Pagar Ruyung. Anak perempuan pembesar itu telah diperisterikan oleh Sultan Mahmud Shah II dan mendapat Raja Kecil ini. Oleh kerana haru-biru dalam istana gara-gara perilaku ganjil sultan maka pembesar itu menyelamatkan cucunya (Raja Kecil). Di Pagar Ruyung, Raja Kecil telah disusukan oleh Puteri Jamilan, iaitu ibu kepada pemerintah Pagar Ruyung ketika itu.[1] Secara tidak langsung Raja kecil merupakan saudara sesusu dengan pemerintah Pagar Ruyung (namanya dipercayai Yang Dipertuan Pagar Ruyung Raja Alam Indermashah, kemudian mendirikan Kesultanan Siak Sri Inderapura). Puteri Jamilan sewaktu mengambil Raja Kecil semangat anak angkat pernah seraya berkata: "terlalu kasihan aku akan dia, kerana tiada bapaknya".[1]

Pada usia 13 tahun, Raja Kecil telah meminta keizinan Puteri Jamilan untuk keluar mencari ilmu. Baginda telah berkhidmat dengan pemerintah Palembang dan kembali semula ke Pagar Ruyung.[1] Setibanya pulang, Puteri Jamilan bertanya kepadanya, seraya berkata "Mengapa engkau lama di laut?", Raja Kecil menjawab "menengok cupak gantang orang". Balasan perkataan ini menggambarkan refleksi atau metafora bahawa baginda terlibat dalam aktiviti sukat imbang perdagangan laut, menguatkan bukti bahawa pemerintah Pagar Ruyung mempunyai hubung akrab perdagangan dengan kerajaan serantau khususnya Minangkabau dan Palembang.[1]

Puteri Jamilan menasihati supaya Raja Kecil pergi mengembara lagi, kali ini mencadangkan baginda pergi ke Siak untuk merampas Johor dan membalas dendam bagi pihak ayandanya Sultan Mahmud Shah II.[1] Baginda Raja Kecil kemudiannya ditabalkan sebagai pemerintah Pagar Ruyung dan mendapat kemulian alat kebesaran Minangkabau. Kemudian Raja Kecil ini telah menggunakan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah dan memerintah Johor antara tahun 1718–1722.[1] Pada tahun 1716, Sultan Abdul Jalil diutus oleh Sultan Indermasyah untuk mewakili dirinya dalam menyelesaikan kesepakatan dagang dengan pihak VOC, pada awalnya pihak Belanda menolaknya, namun kemudian kembali datang surat dari Yang Dipertuan Besar Siak yang menegaskan status daripada Sultan Abdul Jalil tersebut.[2]

Dalam Syair Perang Siak, Raja Kecil didaulat menjadi penguasa Siak atas mufakat masyarakat di Bengkalis, sekaligus melepaskan Siak dari pengaruh Johor. Berdasarkan Hikayat Siak, Raja Kecil merupakan putra dari Sultan Mahmud, Sultan Johor yang terbunuh. Dari suratnya kepada VOC, Raja Kecil memberitahukan bahwa ia akan menuntut balas atas peristiwa terbunuhnya Sultan Mahmud. Pada tahun 1717 Raja Kecil berhasil menguasai Kesultanan Johor sekaligus mengukuhkan dirinya sebagai Sultan Johor, dengan gelar Yang Dipertuan Besar Johor, namun pada tahun 1722 karena pengkianatan beberapa bangsawan Johor, ia tersingkir dan kemudian pindah ke Siak dan menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat pemerintahannya tahun 1723.

Pada tahun 1724-1726 Sultan Abdul Jalil melakukan perluasan wilayah, dimulai dengan memasukan Rokan ke dalam wilayah Kesultanan Siak, membangun pertahanan armada laut di Bintan bahkan pada tahun 1740-1745 menaklukan beberapa kawasan di Kedah. Sultan Abdul Jalil Syah mangkat pada tahun 1746 dan dimakamkan di Buantan kemudian digelari dengan Marhum Buantan. Kemudian kedudukannya digantikan oleh putranya, yang bernama Sultan Mahmud.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g Andaya, L. (2008). Leaves of the Same Tree: Trade and Ethnicity in the Straits of Melaka (1st ed., p. 102). Hawaii: University of Hawaii Press. Retrieved from https://books.google.com.my/books?id=w7AqZR1ZUZgC&pg=PA104&dq=sultan+of+Pagaruyung&hl=en&sa=X&ved=0CBwQ6AEwAGoVChMIyLeelM
  2. ^ Coolhaas, W.P. (1964). "Generale Missiven der V.O.C.". Journal of Southeast Asian History 2 (7). doi:10.1017/S0217781100003318. 

Daftar kepustakaan[sunting | sunting sumber]

  • Donald James Goudie, Phillip Lee Thomas, Tenas Effendy, (1989), Syair Perang Siak: a court poem presenting the state policy of a Minangkabau Malay royal family in exile, MBRAS.
  • Christine E. Dobbin, (1983), Islamic revivalism in a changing peasant economy: central Sumatra, 1784-1847, Curzon Press, ISBN 0-7007-0155-9.
  • Journal of Southeast Asian studies, Volume 17, McGraw-Hill Far Eastern Publishers, 1986.
Didahului oleh:
-
Sultan Siak Sri Inderapura
1725 - 1746
Diteruskan oleh:
Sultan Mahmud