Yamada Hanatarō

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Yamada Hanatarō (山田 花太郎) adalah seorang waktak fiksi dalam seri anime dan manga Bleach ciptaan Tite Kubo. Dia berkedudukan 7 dalam Divisi 4 Gotei 13.[1] Dia menduduki tempat ke-24 dalam bancian Shonen Jump yang terakhir.

Sifat tokoh[sunting | sunting sumber]

Hanatarō bersifat penakut dan cepat gentar. Dia memiliki rambut hitam yang agak panjang, dan sering kali berkelakuan aneh dan mudah diperdaya. Disebabkan sifat dirinya yang lemah lembut, dia sering kali menjadi mangsa buli dan bahan ketawa. Ini dibuktikan lagi apabila dia mengatakan dalam sebuah bab omake dalam jilid 13 bahwa dia merupakan "budak yang paling banyak dibuli di seluruh dunia." Tambahan pula, hari jadinya jatuh pada April Fools' Day atau Hari Aprilmop, yaitu pada 1 april, maka ramai orang meluangkan waktu pada hari tersebut memperbodohkannya.[2] Menurut Kon, Hanatarō mempunyai rupa yang "membosankan meskipun cukup popular dikalangan wanita".

Meskipun dia seperti seorang pengecut dan lemah, dia kadang-kala berkelakuan berani. Selepas mendengar kejadian yang menimpa diri Kuchiki Rukia, dia telah mencoba untuk menyelamatkannya, walaupun mengetahui akan rekod jenayahnya dan kedudukannya pada waktu itu. Selepas berjumpa dengan rekan Rukia, iaitu Kurosaki Ichigo, Hanatarō bertekad untuk membantu Ichigo menyelamatkan Rukia, walaupun memahami bahwa jika mereka tertangkap dirinya akan dipenjarakan karena membelot. Selepas menyaksikan pertarungan Ichigo yang berlawan kerana apa yang dipercayainya, Hanatarō telah membuat keputusan bahwa dia juga akan mula memainkan peranan yang lebih penting daripada hanya melihat dari jauh saja, dan telah membawa zanpakutōnya bersama dirinya.

Hanatarō menyatakan apabila memperkenalkan dirinya bahawa namanya agak mudah untuk diingati, meskipun Ichigo berkata sebaliknya, yaitu namanya akan mudah diingat jika berbunyi Hanako (nama perempuan) atau Tarō (nama lelaki). Namanya yaitu Hanatarō, menurut Ichigo, adalah membuat keliru. Perkataan Hanatarō sebenarnya merupakan kesan daripada susunan dan campuran yang disengajakan oleh Tite Kubo, iaitu asalnya muncul di antara Yamada Tarō (nama seorang lelaki yang tidak diketahui namanya, seperti John Doe) dan Yamada Hanako (nama seorang wanita yang tidak diketahui namanya, seperti Jane Doe). Dengan mencampuradukkan elemen-elemen tersebut, kemungkinan besar Tite Kubo cuba menyatakan bahawa Hanataro sebenarnya seorang yang tidak penting langsung dan tidak perlu diberi perhatian.

Di atas sebab kemahiran berlawan Divisin 4 kurang handal berbanding divisi-diviisi lain, mereka selalunya ditugaskan untuk membersihkan Seireitei, misalnya seperti menyapu dan membersihkan loji dan sel-sel penjara. Justeru, Hanatarō dan ahli-ahli lain dalam Divisi 4 amat mahir dalam selok-belok loji bawah tanah, termasuklah koridor esoterik dan dapat mengakses banyak kunci bangunan di sana.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Hanatarō pertama kali bertemu dengan Ichigo dan Shiba Ganju apabila mereka coba menjadikannya sebagai tebusan untuk melarikan diri daripada shinigami yang lain dan secara tidak sengaja terbawanya dengan mereka. Hanatarō yang telah mendapat tahu niat mereka untuk menyelamatkan Rukia, telah memberi bantuan serta panduan kepada mereka menuju ke tempat Rukia ditahan, sambil menyembuhkan kecederaan mereka di dalam pertarungan. Hanatarō kemudiannya ditangkap dan dipenjarakan. Dia kemudiannya dilepaskan oleh rekannya, Rikichi dari Divisi ke-6, supaya Renji dapat disembuhkan.

Tidak lama selepas kejadian itu, Hanatarō dihantar ke dunia manusia untuk menyiasat pencerobohan golongan Bount di Bandar Karakura. Walau bagaimanapun, dia gagal berbuat demikian dan sebaliknya, telah menyembuhkan mereka yang telah dicederakan oleh golongan Bount. Dalam konteks ini, Hanatarō sering kali muncul dalam segmen-segmen omake sebagai selingan lucu.

Dalam babak Hueco Mundo, Hanatarō telah menemani Byakuya dan berasa agak tertekan apabila kapten itu telah menggunakan langkah kilat dan mendahuluinya, sesuatu yang belum dapat dilakukan Hanatarō. Apabila dia sampai ke tempat Byakuya, dia telah diarahkan supaya menjauhkan diri kerana Byakuya tidak dapat menjamin keselamatannya.

Kuasa dan kemahirannya[sunting | sunting sumber]

Sebagai seorang ahli dalam Divisi ke-4, Hanatarō memiliki kuasa penyembuhan yang menakjubkan. Dia jarang membawa zanpakutō, sebaliknya dia sering kali dilihat bersama bungkusan perubatan Divisi ke-4. Kemungkinan besar bungkusan itu mengandung bekal obat-obatan, termasuklah salep, pembebat, dan pil-pil penyembuhan. Salah satu daripada barang yang terkandung di dalam bungkusan ini digelar shinten (震点), sejenis cairan hijau yang boleh mengakibatkan siapa dengan tenaga semangat rendah tersentuh cairannya (maupun setitik), pengsan, berkemungkinan digunakan sebagai anestetik. Dia juga dilihat membawa sejenis pil besar dengan simbol tengkorak, di mana pil ini adalah eksklusif untuk ahli Divisi 4 saja, untuk mengembalikan stamina. Meskipun pil yang diberikan kepada ahli Divisyen ke-4 yang lain berkesan, pil yang terdapat padanya merupakan pil palsu oleh ketua-ketuanya.[3]

Hisagomaru[sunting | sunting sumber]

Akeiro Hisagomaru.

Seperti setiap shinigami yang lain, Hanatarō memiliki sebilah zanpakutō juga, meskipun dia jarang dilihat membawanya. Disebabkan kemahirannya adalah lebih kepada bantuan perubatan dan bukannya pertarungan, Hanatarō selalu tersalah letak zanpakutōnya kerana dia jarang menggunakannya. Zanpakutō Hanatarō dinamakan Hisagomaru (瓠丸, secara literal; penyukat sakti), yang didedahkan di dalam Buku Watak Bleach.[4] Arahan lepasan tahap shikai Hisagomaru ialah "penuhkan" (満たせ, mitase).[5]

Sebelum tahap shikainya, Hisagomaru mempunyai sebuah penyukat di bilahnya. Hisagomaru bersifat agak pelik karena serangannya mempunyai kesan penyembuhan dan bukan mencederakan pihak lawan. Meskipun menyerang pihak lawan adalah tidak berguna, penyembuhan yang dilakukannya akan memenuhkan penyukat di bilahnya. Kecederaan yang disembuhkan akan menentukan jumlah yang diserap. Apabila penyukatnya penuh, Hisagomaru secara otomatik mengaktifkan tahap shikai dan bertukar menjadi Akeiro Hisagomaru (朱色瓠丸, secara literal; penyukat merah). Pada tahap ini, Hisagomaru berbentuk seperti sebilah skalpel dan menumpukan setiap kecederaan yang telah diserapnya menjadi suatu serangan besar yang kuat, mampu melakukan serangan maut kepada Menos kelas Gillian. Serangan-serangan yang berikutnya tidak lagi mempunyai kesan penyembuhan, membenarkan Hanatarō menyerang seperti biasa selepas transformasi tersebut, meskipun bentuk Akeiro Hisagomaru itu sendiri telah membebankan tuannya.[6]

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Episode 45 anime Bleach.
  2. ^ Temu ramah Weekly Shonen Jump, tahun 2004, isu 42.
  3. ^ Manga Bleach; bab 102, lakaran pada halaman 20.
  4. ^ Buku Resmi Tokoh Bleach SOULs, halaman 119
  5. ^ Disebut di dalam lakaran-lakaran dalam Bleach jilid 22.
  6. ^ Disebut dalam lakaran-lakaran dalam Bleach jilid 22, juga ditunjukkan dalam siri anime episod 134 dan "Piala Shinigami", episod-episod 120-122.