Bagan Serai

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Langsung ke: navigasi, cari

Bagan Serai adalah sebuah mukim (kecamatan) sekaligus merupakan sebuah bandar (kota kecil) di Daerah Kerian (Kabupaten Kerian), Perak, Malaysia.

Asal nama[sunting | sunting sumber]

Sejarah nama Bandar/ Kota Bagan Serai berasal perkataan "Bagan" yang merujuk kepada tempat pendaratan atau perhentian kepada sebarang aktivitas atau barangan dan dikenali juga sebagai jeti. Sedangkan "Serai" ialah sejenis tumbuhan herba yang menjadi ramuan utama di dalam masakan Melayu. Gabungan kedua-dua nama tersebut wujudnya Bagan Serai.

Pusat kota[sunting | sunting sumber]

Terdapat pusat bandar utama yang dikenali sebagai Pusat Bandar Bagan Serai. Kemudahan terminal bas dan teksi juga disediakan sebagai kemudahan asas masyarakat. Pusat komersial utama yang terdapat di sini adalah Plaza ARISUN. Sekarang namanya telah ditukar kepada HIWAY setelah ditukar pengurusnya. Kini, semuanya tinggal kenangan. hanya bangunan sahaja kerana HIWAY juga sudah ditutup.

Letak strategis[sunting | sunting sumber]

Kota ini terletak kira-kira 16 kilometer dari Parit Buntar. Posisinya cukup strategis yaitu terletak di Jalan Persekutuan 1 yang merupakan jalur lalulintas kedua terpenting untuk Utara-Selatan Semenanjung Malaysia.

Suku Bangsa Banjar[sunting | sunting sumber]

Bandar ini terkenal sebagai penempatan suku Banjar yang terbesar di Malaysia. Persatuan Banjar Semenanjung Malaysia yang menjadi nadi utama masyarakat Banjar Semenanjung Malaysia berpusat disini.

Bangunan tua[sunting | sunting sumber]

Di sepanjang Jalan Protokol yaitu Jalan Persekutuan 1 dan di Jalan Pasar terdapat deretan pertokoan yang kebanyakan bangunannya adalah bangunan sebelum Perang Dunia Kedua yang merupakan salah satu petempatan awal di sini. Terdapat juga sebuah masjid lama di Kampung Masjid Tinggi yang dibina dalam tahun 1890an dan telah dirasmikan oleh Sultan Perak pada tahun 1923.

Pusat Pendidikan Agama Islam[sunting | sunting sumber]

Bagan Serai merupakan pusat lembaga pendidikan swasta untuk mempelajari agama Islam diantaranya yang terkenal ialah Maa'had Madiwa,Jalan Banjar, Masjid Tinggi , Sekolah Agama Al-Ridwaniah, Telok Medan dan Maa'had Al Ehya Al Shariff di Gunung Semanggol .

Pranala luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 5°0′36″LU 100°31′48″BT / 5,01°LU 100,53°BT / 5.01000; 100.53000