Kerian

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Langsung ke: navigasi, cari

Kerian adalah salah satu daerah di Perak, Malaysia.

Posisi[sunting | sunting sumber]

Kerian teretak di utara negeri Perak yang mana daerah ini berdekatan dengan Negeri Pulau Pinang dan daerah Kedah (Daerah Bandar Baru). Di sebelah timur dan selatan, daerah ini berdekatan dengan Daerah Larut, Matang dan Selama. Dan di barat daerah ini adalah Selat Melaka.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1800, Pegawai Residen Inggris yang bertugas di Parit Buntar pada ketika itu telah menghadiri perbicaraan satu kasus kejahatan di Parit Buntar. Sewaktu pulang, beliau dan rombongannya telah menaiki kapal (wakang) menyusuri sungai untuk ke Pulau Pangkor. Dalam perjalanan tersebut, beliau telah menyebut "KIRIAN" (perkataan kiri) iaitu merujuk kepada tanah di sebelah kiri di bawah pemerintahan Sultan Perak. Perkataan "KIRIAN" telah menjadi popular dan menjadi bahan ejekan orang ramai pada ketika itu. Akhirnya ketika pihak pemerintah ingin menamakan daerah ini, perkataan "KIRIAN" telah dipilih dan diubah kepada "KERIAN".

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Daerah Kerian merupakan satu Daerah yang terletak di utara Negeri Perak Darul Ridzuan berbatasan dengan Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, Pekan Bandar Baharu, Negeri Kedah Darul Aman dan Daerah Larut Matang di sebelah selatan. Daerah Kerian mempunyai pantai sepanjang kira-kira 32 km. Luas Daerah ini lebih kurang 918,83 km persegi. Pada keseluruhannya, keadaan tanah dalam Daerah ini adalah rata dan bergambut kecuali terdapat beberapa kawasan berbukit-bukit di mukim Gunong Semanggol dan Beriah. Terdapat 2 sungai penting dalam daerah ini yaitu Sungai Kerian dan Sungai Kurau.

Kabupaten Kerian dibagikan menjadi delapan buah mukim (kecamatan) yaitu

  1. Parit Buntar
  2. Bagan Tiang
  3. Tanjung Piandang
  4. Kuala Kurau
  5. Bagan Serai
  6. Beriah
  7. Gunong Semanggol
  8. Selinsing

Semua Mukim ini berada dibawah tujuh (7) administrasi Penghulu Mukim dan 90 Komite Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diamanah dan bertanggungjawab untuk mengatur 246 unit kampung (desa).

Penduduk[sunting | sunting sumber]

Mengikut laporan 'Sensus Penduduk dan Perumahan 1991', jumlah penduduk Daerah Kerian ialah 148.575 orang. Pecahan mengikut jenis kelamin, 72.666 orang lelaki (48,09%) dan 75.909 orang perempuan (51,01%). Kepadatan penduduk Daerah Kerian dan kawasan yang menjadi tumpuan ialah Parit Buntar, Bagan Serai, Kuala Kurau dan Tanjung Piandang. Mukim Selinsing merupakan kawasan yang paling kurang penduduk. Rerata kadar pertumbuhan penduduk Daerah Kerian ialah 1,4 setahun.

Administrasi daerah[sunting | sunting sumber]

Daerah Kerian mempunyai 7 kampung utama yaitu

  1. Mukim Parit Buntar
  2. Mukim Tanjung Piadang
  3. Mukim Bagan Tiang
  4. Mukim Kuala Kurau
  5. Mukim Bagan Serai
  6. Mukim Semanggol
  7. Mukim Beriah
  8. Mukim Selinsing.

Terdapat beberapa buah bandar utama yaitu :

  1. Bandar Parit Buntar (berbatasan dengan Daerah Seberang Perai Selatan)
  2. Bandar Bagan Serai
  3. Pekan Gunung Semanggol
  4. Pekan Kuala Kurau.

Daerah ini dikenal sebagai Jelapang Padi Negeri Perak karena terdapat kawasan - kawasan penanaman padi yang luas.

Daerah ini diatur oleh Majlis Daerah Kerian (MDK) yang mana kantornya terletak di Parit Buntar.

Lokasi daerah[sunting | sunting sumber]

Daerah ini terletak di utara negeri Perak yang mana daerah ini berbatasan dengan Negeri Pulau Pinang (Batas Daerah Seberang Perai Selatan) dan Negeri Kedah (Daerah Bandar Baharu). Di sebelah timur dan selatan, daerah ini dibatasi Daerah Larut, Matang dan Selama. dan di barat daerah ini adalah Selat Melaka. Keunikan daerah ini ialah karena terletak berbatasan dengan 3 buah negeri yang mana Sungai Kerian adalah garis batas negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Hulu Sungai Kerian terletak di Selama, sedangkan Kuala Sungai Kerian terletak di Kampung Acheh, Daerah Seberang Perai Selatan. Untuk sampai ke daerah ini, pengunjung perlu mengambil keluar dari Plaza Tol Taiping Utara (untuk pergi ke Gunong Semanggol dan Kuala Selinsing) atau Plaza Tol Bandar Baharu (untuk pergi ke Bandar Parit Buntar atau Bandar Bagan Serai).

Keunikan Daerah Kerian[sunting | sunting sumber]

Daerah ini terkenal dengan kampung masyarakat Melayu berketurunan Banjar di sekitar Bagan Serai, Gunung Semanggol dan Alor Pongsu yang mempunyai keunikan budaya dan amalan hidup. Disinilah tempat dimana pendirian Persatuan Ikhwanul Muslimin yang disifatkan oleh Penjajah Inggris sebagai Pendurhaka karena tindakan kesatuan berkenaan menentang dasar penjajah Inggris. Kumpulan berkenaan dianggap oleh Inggris sebagai Musuh dari Gunung yang merujuk kepada pendirian Persatuan berkenaan di Gunung Semanggol, akan tetapi persatuan ini akhirnya telah dilarang oleh pihak Inggris. Terdapat kawasan(Kuala Gula) yang telah diwartakan sebagai kawasan dimana terdapat burung - burung yang berhijrah dari negara atas angin.