Hinduisme di Malaysia

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Langsung ke: navigasi, cari

Templat:Hinduism small Hinduisme di Malaysia biasanya dianuti oleh kaum India Tamil (95% daripadanya) yang merangkumi hampir 9% penduduk Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pengaruh Hindu lebih dulu sampai di Malaysia dibanding dengan agama Islam. Pengaruh Hindu/bahasa Sanskrit dapat dilihat dalam bahasa Melayu, kesusasteraan dan kesenian. Candi Lembah Bujang di Kedah adalah bukti orang Melayu di Kuala Kedah yang pernah menganut agama Hindu-Buddha. Candi Borobudur dan Candi Parambanan di Jawa, Indonesia adalah bukti penduduk Jawa pernah menganut agama itu. Malah masyarakat Bali sehingga kini masih mengamalkan agama dan budaya Hindu.

Penempatan India di Malaysia berasal dari wilayah Tamil Nadu di selatan India pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang bekerja sebagai buruh ladang getah milik peladang Eropa. Penduduk minoritas India ini dibawa ke Malaysia dari utara India dan Sri Lanka.

Sehubungan dari ini, 30% orang Tamil dari Tamil Ilagam (Tamil Nadu) diperkerjakan oleh pihak Inggris dan sekutu mereka di Pulau Pinang, Singapura dan Kuala Lumpur waktu itu. Mereka yang bekerja di Pulau Pinang menyumbang pertubuhan hak asasi masyarakat Tamil dan India di Malaysia.

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Hindu di Malaysia telah mendirikan kuil sesuai dengan agama, amalan dan kepercayaan mereka yang dibawa dari India. Mereka membangun kuil-kuil dalam berbagai ukuran dan rupa di ladang-ladang dan kediaman mereka secara bebas sebelum dan sesudah merdeka. Kebanyakan mereka menyembah dewa Shiwa sebagaimana tradisi di selatan India.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Semua pelajar India kebanyakn bersekolah di sekolah khusus orang Tamil atau di "sekolah kebangsaan". Sistem pendidikan di Malaysia membolehkan bahasa Tamil menjadi bahasa pengantar di "sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil" (SRJKT). Begitu juga dengan bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar di "sekolah rendah jenis kebangsaan Cina" (SRJKC). Hal ini berlanjut hingga Malaysia merdeka pada tahun 1957. Lalu ditegaskan lagi dalam Penyata Razak dan seterusnya.

Kebanyakan sekolah dasar Tamil terletak di ladang-ladang dan hampir semua pelajarnya dari kaum India yang tinggal di ladang tersebut. Ladang-ladang ini telah berubah menjadi bandar dan kawasan perumahan modern. Penduduk India yang tinggal di bandar turut bersekolah di sekolah dasar Tamil ini yang dahulunya merupakan sekolah ladang. Subjek Matematika dan Sains diajar dalam bahasa ibu mereka yaitu bahasa Tamil. Sebaliknya subjek Matematika dan Sains di "sekolah kebangsaan" diajar dalam bahasa Inggris. Tahap penguasaan pelajar India dan Cina terhadap bahasa Inggris lebih baik daripada pelajar Melayu karena faktor latar belakang ibu-bapak dan sebagainya.

Di peringkat sekolah menengah, bahasa Tamil dan bahasa Cina tidak menjadi bahasa pengantar. Sebaliknya menjadi satu subjek saja dengan 6 waktu setiap minggu (6 waktu x 40 menit) yang disebut POL. Di sekolah menengah, pelajar India dan Cina bercampur dengan pelajar Melayu dan yang lainnya dalam konteks masyarakat majemuk. Peluang untuk berinteraksi dan saling mengenali antar-kaum hanya bermula di sekolah menengah saja. Salah faham, pertengkaran dan keributan mudah terjadi tetapi dapat diatasi oleh guru-guru di sekolah karena "Kementerian Pelajaran" sangat menekankan soal perpaduan kaum.

Untuk merapatkan jurang antar-kaum, "Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan" (RIMUP) telah dilaksanakan di sekolah dari waktu ke waktu.

Di peringkat universitas, pelajar dari berbagai agama dan golongan diletakkan dalam satu bilik namun kurang baik hasilnya.

Kuil Hindu[sunting | sunting sumber]

Penduduk Selangor berjumlah 4.8 juta. 2.5 juta orang Melayu. Ada 358 buah masjid dan kira-kira 1000 buah surau. Jumlah keseluruhan 1366 buah.

Di Selangor terdapat 647,000 orang India dengan 810 kuil, sementara kaum Cina sebanyak 1.3 juta mempunyai 1015 kelenteng Buddha. Ada 27 buah gereja bagi 50,000 penganut Kristen.

Setiap tempat ibadah baik masjid, kuil, kelenteng atau gereja harus dibangun mengikut undang-undang dan tidak boleh dibangun di atas tanah pribadi milik orang lain. Perkara hak milik tanah dirujuk kepada Pejabat Tanah di setiap pejabat daerah.

Pemilik tanah akan meminta petisi mahkamah untuk mengeluarkan izin mendirikan surau dan kuil yang dibangun di atas tanah pribadi. Oleh karena itu pejabat daerah akan mematuhi arahan mahkamah ini untuk mengeluarkan mereka. Kesepakatan ini telah merobohkan 16 buah surau dan masjid, 38 kuil, 19 kelenteng di Selangor. Tidak ada gereja yang dirobohkan.

Tiga puluh delapan buah kuil dirobohkan kerana dibangun di tanah milik pribadi yang menjadi masalah kepada golongan lain. Masjid dan surau dirobohkan karena hendak dijadikan jalan. Lokasi baru yang sesuai akan diberikan. Kerja-kerja alihan dan pampasan akan diberi.

Pelanggar Hindraf ini amat agresif dan sanggup mengambil tindakan yang lebih jauh. Pilihan mayoritas juga semakin dekat. [1]

Kuil Malaimel Sri Selva Kaliamman[sunting | sunting sumber]

Pada 21 April 2006, kuil Malaimel Sri Selva Kaliamman yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur ini telah diberi nota oleh Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) karena mematuhi syarat pendirian bangunan dan tempat ibadah.

Kuil di Kampung Rimba Jaya[sunting | sunting sumber]

Pada 15 November 2007, kuil di Kampung Rimba Jaya, Padang Jawa, Shah Alam, Selangor telah dirobohkan dan dipindahkan ke tempat lain oleh Majlis Bandaraya Shah Alam. Sebenarnya tapak kuil, surau dan kawasan setinggan di situ milik swasta yang hendak membangun kawasan perumahan. Pihak swasta itu ialah Syarikat Ho Hah Development Sdn Bhd yang telah memiliki tanah itu sejak 1977. Syarikat mendapat perintah mahkamah pada 1988 untuk mengeluarkan bangunan itu termasuk kuil dan bangunan yang lain tanpa sebarang pampasan. Pada 2003 syarikat itu bangkrut. Kerajaan melalui PKNS telah menyerahkan tanah itu kepada Kem Rimba Raya dengan bayaran RM2.5 juta. Syaratnya harus mau membeli kawasan tersebut, perlu menyediakan kawasan rumah untuk penduduk yang tinggal di situ, tempat untuk rumah ibadah, dan dua lagi sekolah, yaitu sekolah KEMAS dan sekolah untuk masyarakat India.

800 dari 1000 penduduk setuju pindah ke rumah pangsa Seksi 26, Kampung Baru Hicom. Pemilik asal kuil juga telah mendapat nota pemindahan dan setuju untuk dipindahkan dengan pampasan sebanyak RM40,000. Tetapi pihak luar yang mendukung Hindraf telah membuat halangan dan bantahan sehingga 10 anggota penguatkuasa Majlis Bandar raya Shah Alam terpaksa dimasukkan ke rumah sakit. [2]

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menafikan kuil itu dirobohkan pada 6 November 2007 yaitu dua hari sebelum Hari Deepavali pada 8 November 2007. Sebaliknya pada 15 November 2007.

Memorandum kepada Menteri Besar Selangor[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Januari 2007 Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo telah berbincang dan menerima memorandum daripada Pengerusi Majlis Hindu Malaysia, Datuk R. Nadarajah di Rawang . Tempat perbincangan telah dipindahkan dari Batu Caves ke Rawang, Selangor.

Sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan pada 2008 bagi menyelaras dan menetapkan garis panduan bagi pembinaan kuil di Selangor pada masa depan. Pemb inaan kuil sepatutnuya mengikut peraturan kerajaan Selangor kerana sebelum ini banyak yang dibina tanpa prosedur yang jelas.[3]

Dalam rekod kerajaan Selangor, terdapat 146 kuil Hindu berdaftar di Selangor.Jumlah yang sebenar tidak dapat dipastikan. Malahan ramai yang tidak hadir.

Seramai 800 pengerusi kuil yang berdaftar dan tidak berdaftar (haram) dijemput hadir dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.Datuk R. Nadarajah ialah Pengerusi Majlis Hindu Malaysia dan Pengerusi Kuil Sri Mariamman Dhevasthanam . Nadarajah meminta kerajaan Selangor menyediakan tanah dan bantuan kewangan untuk pembinaan kuil, serta menaik taraf dan mengekalkan kuil Hindu yang sedia ada.

Peranan Persatuan Hindu Sangam didaftarkan sebagai syarikat sendirian berhad dan tidak semua kuil Hindu berdaftar dengannya. Persatuan Hindu Sangam turut dijemput dalam mesyuarat tersebut.

Sebelum ini Datuk Seri Samy Vellu menyatakan perhimpunan Hindraf telah memecahkan kesetiaan masyarakat India kepada Barisan Nasional.[4]

Pendirian negara asal India[sunting | sunting sumber]

Diaspora India memang ada di mana-mana dan mewarnai kehidupan, seni bina bangunan dan kebujdayaan kebanyakan negara seperti di Malaysia, Sri Lanka dan Fiji. Malahan Mahatma Ghandhi mendapat sumber inspirasi dari Afrika Selatan.

Ramainya buruh India yang dibawa dari Tamil Nadu telah mendapat perhatian Ketua Menteri Tamil Nadu. Pemimpin Hindraf, Wytha Moorthy Ponnusamy berada di Tamil Nadu bagi mendapatkan sokongan. Tetapi P. Wytha Moorthy menafikan mahu mendapatkan sokongan dan bantuan daripada pemberontak Harimau Tamil Eelam (LTTE). Ia juga berharap LTTE tidak menawarkan sebarang sokongan dan bantuan kepada Hindraf, tetapi tidak juga menolak berlaku keganasan. Katanya “I prefer the path of nonviolence. But I don’t rule out the possibility of the protest turning violent in the future, though I hope it does not.” [5]

Malaysia mempunyai hubungan yang erat dengan negara India terutama hubungan ekonomi dan politik. Syarikat Malaysia sendiri sedang membina lebuh raya merentasi antara Madras ke Mumbai, India. India dan Malaysia akan memulakan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) tahun 2008 dan rundingan memasukkan FTA India-Asean yang tertangguh.

Parti Bharatiya Janata yang pro Hindu cukup berhati-hati dengan isu Hindu terutama selepas runtuhnya Masjid Babri di Ayodhya, Gujerat, barat India . Lebih 1000 orang terkorban gara-gara mahu memenangi pilihan raya di India. Kemelaratan dan kemiskinan hidup rakyatnya tidak berjaya diatasi. Selain itu ada 150 juta penganut Islam di India. [6]

Majlis Kuil Hindu[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Disember 2007, MIC telah menubuhkan Majlis Kuil Hindu dan dihadiri 750 pengerusi kuil dari seluruh Malaysia. Ini ekoran permintaan Perdana Menteri Malaysia , Abdullah Ahmad Badawi yang mahu MIC menyenaraikan semua kuil Hindu dan mengenalpasti masalah seperti isu perobohan dan pemindahan. Majlis ini akan mendaftarkan semua kuil yang mematuhi syarat dan mendapatkan tapak tetap dan tapak alternatif jika perlu. Tanah gantian akan diacari jika kuil sedia ada dibina di atas tanah persendirian, ladang atau tanah kerajaan.[7]

Sami dari India[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Januari 2007, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad menyatakan orang tempatan hendaklah diutamakan menjadi sami, pengarca dan ahli muzik , bukan diimport dari India. Ada di antara mereka bekerja di Malaysia sehingga 10 tahun.

Pekerja profesional dari India masih dialu-alukan di Malaysia. Hanya pekerja dari Bangladesh disekat sejak September 2007 kerana ramai yang ditipu dan dieksploitasi oleh agen .

Datuk A. Vaithilingam selaku Presiden Malaysia Hindu Sangam (MHS)bersedia menjadi orang tengah dalam urusan merayu melanjutkan visa sami, pengarca dan ahli muzik yang dibawa dari India. Ibu pejabat MHS ialah di No 67, Jalan PJS, 1/48, Taman Petaling Utama 7, Petaling Jaya, Selangor.

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]