Lompat ke isi

Pengguna:KL gangster

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Doa dan rawatan penyakit:- Doa memilih waktu dan tempat. a.Waktu Selain daripada sifat-sifat yang perlu dimiliki untuk memperoleh kemakbulan doa,terdapat waktu-waktu tertentu yang diistilahkan sebagai waktu mustajab dimana doa itu perlu dipohon: 1)Pada bulan Ramadhan terutamanya pada malam lailatulqadar. 2)Di waktu malam iaitu pada 1/3 malam daripada malam yang terakhir.Sesungguhnya pada ketika ini ada 1 waktu,apabila seseorang muslim itu memohon,berdoa kepada Allah & tepat pada waktunya,nescaya Allah memperkenankannya Berdoa pada 1/3 malam yang terakhir itu menpunyai harapan yang lebih baik untuk dikabulkan. 3)Pada hari Arafah. 4)Pada hari Jumaat ada 1 waktu yang dinamakan waktu Mustajab.Apabila seseorang hamba itu berdoa & doa itu bertepatan dengan waktu ini.Allah akan memperkenankannya. 5)Malam 2 hari raya & malam pertama bulan Rejab. 6)Doa yang dilakukan selepas waktu sembahyang Fardu: a.waktu antara azan & kamat. b.ketika sujud. C.selepas waktu asar b.Memilih tempat berdoa. Berdoa boleh dilakukan dimana-mana,kecuali di tempat-tempat yang dilarang seperti di bilik air atau ditempat-tempat kotor.Sesungguhnya Allah S.W.T sentiasa berada bersama-sama hambanya biarpun dimana manusia itu berada.Walaupun demikian,terdapat tempat-tempat tertentu yang mempunyai kelebihan berbanding dengan tempat-tempat lain. 1.Di Mekah,iaitu di kawasan Masjidil Haram.Tempat yang paling utama ialah di Kaabah iaitu di Multazam(kawasan antara pintu Kaabah dan penjuru Hajarul Aswad),di sekeliling Kaabah ketika tawaf & di Rukun Yamani). 2.Tempat lain ialah di Arafah iaitu ketika wukuf ketika sa'iy diantara Bukit Safa & Marwah di Musdalifah di Masy'aril Haram di Mina(Di bahagian sebelah barat dari Muzdalifah ini terletak Masy'aril Haram, iaitu Jabal Quzzah.Sebahagian Mufassir mengatakan, Masy'aril Haram adalah Muzdalifah seluruhnya. Di tempat ini jamaah melakukan wukuf, minimumnya telah melewati tengah malam) & di 3 tempat jamarah ketika melontar. c.Adab-adab berdoa. 1.Dalam keadaan mengadap kiblat dengan tenang hati. 2.Dengan rendah diri & suara yang sederhana kuatnya. 3.Yakin kemakbulan doa yang dipohon & baik sangka bahawa Allah maha berkuasa untuk memperkenankan doa. 4.Berulang kali Rasulullah S.A.W menyuruh seseorang itu berdoa sebanyak 3 kali,begitu juga ketika meminta. 5.Penuh harapan.Bukan dengan ala kadar. d.Tertib doa: 1.Bertaubat terlebih dahulu iaitu dengan melakukan sembahyang Taubat kemudian baru beristighfar. 2.Tidak terus berdoa tetapi hendaklah melakukan sembahyang Sunat terlebih dahulu seperti sembahyang TASBIH(Solat Sunat Tasbih merupakan solat sunat yang terdapat sebanyak 300 tasbih. Solat Sunat Tasbih dianjurkan supaya dikerjakan sekurang-kurang sekali seumur hidup. Solat sunat tasbih ada empat rakaat, dengan ketentuan jika dikerjakan pada siang hari cukup dengan satu salam, dan jika dikerjakan pada malam hari dengan dua salam.Cara mengerjakan solat tasbih ialah dengan membaca tasbih 15 kali sesudah membaca surat Al-Fatihah, 10 kali tasbih ketika rukuk, 10 tasbih ketika iktidal, 10 tasbih ketika sujud pertama, 10 tasbih ketika duduk antara dua sujud, 10 tasbih ketika sujud kedua, dan 10 tasbih ketika duduk rehat sebelum bangun berdiri / memberi salam. Ulangi 75 tasbih ini untuk empat rakaat.Hadith mengenai Solat sunat tasbih dianggap sahih oleh Imams al-Hakim, Ibn Abu Dawood, Ibn Hajar dan yang lain. Imam al-Albani turut mengelaskannya sebagai boleh dipercayai) ,TAHAJUD(Solat sunat tahajud atau Sembahyang tahajud, ialah solat sunat yang dikerjakan diwaktu malam selepas tidur yakni ketika melakukan Qiamullail.Berjaga malam untuk beribadah sangat dituntut oleh Agama Islam dan cara ibadah yang paling utama adalah sembahyang tahajud atau solat malam. Allah berfirman yang ertinya;"Dan bagunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah 'sembahyang tahajud' padanya sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan engkau pada hari akhirat ditempat yang terpuji" [Quran 17:79].Solat malam sudah menjadi amalan para nabi dan orang-orang soleh sejak zaman dahulu. Rasulullah SAW sendiri tidak pernah meninggalkan solat Tahajjut walau satu malam pun sehingga kedua-dua kaki baginda bengkak-bengkak kerana terlalu banyak berdiri. Baginda bersabda yang ertinya;"Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (solat tahajjut)" (H.R Muslim)) dan WITIR(Solat Sunat Witir merupakan solat sunat yang dilakukan selepas solat Isyak, kebiasaannya dirangkaikan dengan solat Sunat Tarawih. Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi.Bilangan rakaatnya ialah ganjil iaitu 1, 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat. Solat ini biasanya dilaksanakan secara berjemaah akan tetapi ia juga boleh dilaksanakan secara bersendirian. Niatnya : Sahaja aku sembahyang Sunat Witir 2 rakaat kerana Allah Taala."Sahaja Aku solat Sunat Witir satu rakaat kerana Allah Taala" Selepas memberi salam, sembahyang Witir akan disambung sebanyak 1 rakaat. Umat Islam digalakkan perbanyak berdoa kepada Allah. Zikir Selepas Solat Witir Doa Solat Witir "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaan-Mu daripada kemurkaan-Mu, dan aku berlindung dengan keampunan-Mu daripada balasan-Mu, dan aku berlindung dengan-Mu seperti puji-Mu sendiri ke atas diri-Mu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redai."). 3.Memuji-muji Allah dengan bertasbih,bersyukur & sebagainya. 4.Membaca selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W.Doa seseorang hamba itu tergantung-gantung tidak berganjak sehinggalah seseorang itu membaca selawat nabi.Adalah lebih baik sekiranya doa yang dipohon itu terletak diantara 2 selawat 5.Kemudian baru melakukan sembahyang Hajat dengan memohon kepada Allah apa yang dihajati ketika bersujud.Sesungguhnya,seseorang hamba itu paling hampir kepada tuhannya ketika ia bersujud.Oleh itu,perbanyakkanlah doa ketika itu.

Rawatan gangguan makhluk halus menurut al-quran dan as-sunnah:-