Upin & Ipin (musim keempat)

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Langsung ke: navigasi, cari
Upin & Ipin (Musim keempat)
Upin Ipin 4.JPG
Negara Malaysia
Jumlah episode 42
Siaran
Saluran asli TV9
Penayangan awal 15 Maret 2010 (2010-03-15) – 29 Desember 2010 (2010-12-29)
Kronologi musim
← Sebelumnya
Musim ketiga
Selanjutnya →
Musim kelima
Daftar episode Upin & Ipin

Musim keempat Upin & Ipin dan Kawan-kawan dimulai pada 15 Maret 2010 dengan episode "Juara Kampung (bagian 1)", tambahan pula diperkenalkan intro serba baru dengan kad tajuk berbentuk lukisan pensel warna dalam buku latihan. Asyiela Putri menggantikan Fathiah sebagai pengalih suara Upin & Ipin. Musim ini juga ditaja oleh syarikat TM. Sebelum ini, Asyiela pernah mengalih suara siri Upin & Ipin musim ketiga dalam bahasa Inggeris[1] untuk Disney Channel Asia. Sembilan episod pertama musim keempat ini ditayangkan pada dua musim cuti sekolah dalam kalendar 2010 sempena Piala Thomas dan Piala Dunia. Ulang tayang episod musim lalu turut disiarkan pada Sabtu dan Ahad, 5.30 petang, sehingga bulan Agustus.

Pada musim Ramadan (Agustus–September), slot waktu Upin & Ipin pindah ke setiap hari, 7 petang, dengan episod baru.[2] Ini berakhir dengan maraton satu jam yang diisi oleh enam episod baru yang bertajuk "Syawal Menjelang" dan "Bila Besar Nanti". Siaran Upin & Ipin kembali ke ulang tayang hujung minggu sehingga episod baru ditayangkan setiap Isnin, Selasa dan Rabu sempena cuti sekolah akhir tahun, seperti yang dilakukan tahun lalu.

Daftar episode[sunting | sunting sumber]

# Tajuk Siaran pertama
1 "Juara Kampung (bhg 1)"   15 Maret 2010 (2010-03-15)
Fizi mengajak Upin dan Ipin untuk menyaksikan Ehsan bermain badminton bersama bapanya di rumah mereka. Bapa Ehsan mengajak Upin cuba bermain, tetapi Upin tidak reti. Sekembalinya di rumah, Upin dan Ipin bertanya jika Opah dan Kak Ros tahu apa-apa mengenai sukan badminton, dan Opah berpesan agar mereka bertanya kepada Tok Dalang. Pada hari keesokannya, Upin dan Ipin meminta Tok Dalang mengajar mereka bermain badminton. 
2 "Juara Kampung (bhg 2)"   16 Maret 2010 (2010-03-16)
Dengan berbekalkan dua batang raket lama dalam simpanannya, Tok Dalang melatih Upin dan Ipin bermain badminton sehingga tulang belakangnya menjadi sengal. Apapun, Upin dan Ipin sudah berupaya bermain badminton dengan sendiri walaupun hanya dilatih dalam separuh hari. Pada hari keesokannya, mereka membawa raket lama berian Tok Dalang untuk mencabar Ehsan. Upin bertanding dengan Ehsan dahulu, tetapi permainan tamat dengan patahnya kepala raket Upin yang melayang hingga terkena kepala Ehsan. 
3 "Juara Kampung (bhg 3)"   17 Maret 2010 (2010-03-17)
Apabila berlari balik ke rumah atas kejadian itu, Upin dan ipin dikejutkan dengan raket baru sebagai hadiah dari Kak Ros dan Opah. Tok Dalang tidak mengambil hati akan kerosakan raket lamanya. Pada hari keesokannya, Upin dan Ipin melawan Ehsan dan Fizi secara bergu. Perlawanan tamat dengan memihak kepada adik-beradik kembar itu, dengan set bulu tangkis baru sebagai ganjaran. 
4 "Anak Harimau (bhg 1)"   7 Juni 2010 (2010-06-07)
Orang-orang dewasa heboh berborak mengenai Piala Dunia di gerai Muthu, menyambut kedatangan Upin dan Ipin. Apabila ditanya pasukan mana dijangka menjuarai juara, Upin dan Ipin mengejutkan yang lain dengan menjawab Malaysia, walaupun tidak layak sekalipun ke temasya itu sendiri. 
5 "Anak Harimau (bhg 2)"   8 Juni 2010 (2010-06-08)
Cikgu Jasmin mengajar murid-murid yang heboh memperkatakan Piala Dunia, betapa jauh letaknya Afrika Selatan dari Malaysia, tetapi Piala Dunia boleh ditonton melalui kaca TV. Biarpun tidak berjaya meminta izin Kak Ros agar dapat menonton siaran langsung Piala Dunia di malam buta, Upin dan Ipin cuba mengesetkan jam loceng mereka ke pukul dua pagi untuk curi-curi menonton bola, tetapi tidak menjadi akhirnya. 
6 "Anak Harimau (bhg 3)"   9 Juni 2010 (2010-06-09)
Di bilik darjah, Upin dan Ipin melawan Fizi dan Ehsan dengan bermain bola sepak kertas, yang mana keratan kertas dijadikan "pemain" yang dihempap untuk "menendang bola". Pada petang kemudian, Upin dan Ipin menerima pelawaan Tok Dalang untuk menonton perlawanan pertama Piala Dunia bersama, dan akhirnya Opah merestuinya memandangkan hari keesokannya cuti. 
7 "Anak Harimau (bhg 4)"   14 Juni 2010 (2010-06-14)
Upin dan Ipin diajak oleh Ijat untuk bermain bola sepak olok-olok dengan tin minuman sebagai 'bola' untuk disepak di antara dua batang ranting yang ditegakkan atas tanah sebagai gol. Malam nanti, mereka berdua cuba menahan mengantuk untuk sempat menonton perlawanan Piala Dunia di gerai Muthu. 
8 "Anak Harimau (bhg 5)"   15 Juni 2010 (2010-06-15)
Sempena tayangan khas, Mael dan Sally turut membantu menghidangkan makanan kepada para penonton di gerai Muthu. Di hadapan layar lebar yang tengah menerima siaran iklan, Tok Dalang, Muthu dan Ah Tong terus berborak mengenai bola...sehingga perlawanan bermula. Pada pagi keesokan, bersusah payah Kak Ros mengejutkan Upin dan Ipin dari tidur yang tak cukup. 
9 "Anak Harimau (bhg 6)"   16 Juni 2010 (2010-06-16)
Akhirnya tin digantikan dengan bola yang sebetulnya, barulah dapat bermain dengan seronok, sehingga Upin dan Ipin dan kawan-kawan membayangkan diri mereka bermain sebagai pasukan kebangsaan di arena sebenar. 
10 "Ramadhan Kembali Lagi (bhg 1)"   11 Agustus 2010 (2010-08-11)
Selepas balik dari tadika pada hari sebelum bulan puasa, Upin & Ipin bergurau senda mencabar Kak Ros agar memasak ayam goreng secukup-cukupnya, jika tidak mereka enggan bersahur. Waktu petang nanti, kawan-kawan mereka membincangkan persediaan Hari Raya walaupun bulan puasa belum bermula. 
11 "Ramadhan Kembali Lagi (bhg 2)"   12 Agustus 2010 (2010-08-12)
Sempena bulan Ramadan yang menjelang, Upin, Ipin dan kawan-kawan memikirkan permainan yang sesuai untuk menghabiskan petang mereka. Jarjit mencadangkan baling selipar, dan leka sangat mereka bermain. 
12 "Ramadhan Kembali Lagi (bhg 3)"   13 Agustus 2010 (2010-08-13)
Atas pengaruh kawan-kawan mereka, Upin dan Ipin meminta Kak Ros mendapatkan baju raya baru sempena Hari Raya. Selepas waktu terawih di surau, Upin dan Ipin menjawab keraguan Kak Ros dan Opah dengan cerita orang kentut dalam surau. Pada pukul tiga pagi, Upin dan Ipin cuba membangunkan Kak Ros agar sempat untuk bersahur. 
13 "Ramadhan Kembali Lagi (bhg 4)"   14 Agustus 2010 (2010-08-14)
Ketika bersahur, Opah berpesan Upin dan Ipin untuk bersahur lambat sedikit supaya dapat pahala. Petang nanti, Tok Dalang mengajak Upin dan Ipin memerah kelapa untuk dibuat dodol dengan mesin pemerah yang dipasang pada motosikal buruk, seronok sekali. Waktu berbuka puasa, Opah membetulkan salah faham Upin dan Ipin, bahawa berbuka mestilah cepat-cepat, lain dengan sahur. 
14 "Ramadhan Kembali Lagi (bhg 5)"   15 Agustus 2010 (2010-08-15)
Upin, Ipin, Fizi dan Jarjit tiba di halaman rumah Tok Dalang untuk membantunya dan Salleh dalam persiapan memasak dodol. Upin dan Ipin ditugaskan mengangkat kawah, membuka api dengan kipas, dan bergilir-gilir dengan Fizi dan Jarjit mengacau ramuan dodol dalam kawah panas. Sebaik sahaja siap, mereka terkilan dengan betapa kecil dodol yang mereka buat; Tok Dalang menjelaskan memang inilah hasilnya. 
15 "Ramadhan Kembali Lagi (bhg 6)"   16 Agustus 2010 (2010-08-16)
Mail meminta Upin dan Ipin menjaga gerainya seketika, tetapi tidak dapat menunjuk ajar dengan betul-betul kerana bergegas untuk melegakan sakit perutnya. Tanpa bimbingan Mail, berpandai-pandailah mereka berdua menjual. Mereka tidak lupa memberi duit baki kepada pelanggan yang terbayar lebih, tetapi apabila mereka diminta tiga ketul ayam barulah mereka memikirkan sesuatu yang menyebabkan Mail kerugian – 'tiga seringgit'. 
16 "Menjelang Syawal (bhg 1)"   10 September 2010 (2010-09-10)
Dua hari sebelum lebaran, Upin dan Ipin hairan Opah tidak keluar untuk bersahur, kononnya sudah makan awal. Pagi nanti, Tok Dalang mengedarkan bungkusan dodol kepada kanak-kanak sebelum pergi beraya di Kuala Lumpur bersama anak cucunya. Waktu berbuka, sekali lagi Opah tidak kelihatan, dan terpaksalah Ros menjelaskan kepada Upin dan Ipin bahawa Opah tidak sihat. Maka Upin dan Ipin menjenguk Opah di bilik tidurnya, dan Opah memesan mereka agar berdoa demi kesejahteraannya. 
17 "Menjelang Syawal (bhg 2)"   10 September 2010 (2010-09-10)
Selepas siap mengurut-urut Opah yang kesakitan, Upin dan Ipin juga membantu Kak Ros mengemas rumah sampai bersih sempena Hari Raya. Di tengah-tengah kerja, mereka menerima panggilan dari Tok Dalang, tetapi tanpa sengaja mereka mengotorkan lantai yang baru dimop dengan kaki semata-mata untuk ke arah telepon. 
18 "Menjelang Syawal (bhg 3)"   10 September 2010 (2010-09-10)
Hari Raya sudah tiba sekali lagi, mujurlah Opah cukup sihat untuk beraya bersama cucu-cucu dan jiran tetangga tersayang. Keluarga Upin dan Ipin menyambut kedatangan semua rakan-rakan setadika mereka, kecuali Susanti yang pulang ke Jakarta untuk beraya. Upin dan Ipin boleh berhubung dengan Susanti menerusi telepon. 
19 "Bila Besar Nanti (bhg 1)"   10 September 2010 (2010-09-10)

Cikgu Jasmin mengajar apa itu cita-cita, lalu menyuruh murid-murid agar melukis gambaran cita-cita masing-masing untuk kelas pendidikan seni keesokan harinya. Untuk meningkatkan kefahaman mereka mengenai topik ini, Upin dan Ipin bertanya kepada Kak Ros dan Opah.

NOTE:Adegan yang dihapus di MNCTV adalah Kak Ros Memarahi Pasien Laki-laki Saat ia tidak Minum Sebuah Obat 
20 "Bila Besar Nanti (bhg 2)"   10 September 2010 (2010-09-10)
Upin dan Ipin dimarahi Kak Ros kerana tergelak cita-cita Kak Ros menjadi doktor. Apapun, mereka tetap memikirkan cita-cita sendiri untuk dilukiskan pada hasil seni mereka untuk kelas esok. Pada pagi keesokannya, murid-murid memperdengarkan cita-cita mereka: Ehsan hendak menjadi tukang masak selebriti; Fizi hendak jadi pengumpul sampah demi kebersihan alam. 
21 "Bila Besar Nanti (bhg 3)"   10 September 2010 (2010-09-10)
Jarjit melukis gambar polis menahan penjenayah, kemudian berolok-olok menjadi wartawan di depan satu kelas yang tertanya-tanyakan isi gambarnya. Giliran Upin dan Ipin membentangkan cita-cita mereka bersama-sama: Upin hendak menjadi angkasawan negara, dan Ipin pula hendak menjadi saintis roket. 
22 "Rasa Sayang (bhg 1)"   15 November 2010 (2010-11-15)
Upin dan Ipin menghabiskan satu malam dengan persiapan untuk rombongan berkelah satu kelas yang tak sabar hendak mereka sertai pada hari keesokan, tetapi hampir terlupa pesan Cikgu Jasmin supaya membawa bekalan makanan dan air sendiri, tidak perlu membawa mainan. 
23 "Rasa Sayang (bhg 2)"   16 November 2010 (2010-11-16)

Harinya sudah tiba, dan selepas kesemua 12 murid hadir, barulah rombongan murid-murid Tadika Mesra bertolak ke taman untuk berkelah, berarak sambil menyanyikan lagu "Rasa Sayang", tetapi dalam nyanyian ada sahaja murid-murid yang bergurau sakan. Setibanya di tempat perkelahan, Ehsan selaku 'ketua kelas' tidak berapa menunjukkan sikap yang betul, seperti lalai dalam kiraan ahli mahupun bermalas ketika orang lain membuka kelah. Selepas itu, semua berkongsi makanan sambil bersembang tentang makanan.

NOTE:Adegan yang dihapus di MNCTV adalah Upin Ipin dan kawan-kawannya menyanyikan lagu Rasa Sayange 
24 "Rasa Sayang (bhg 3)"   17 November 2010 (2010-11-17)
Mail terpaksa dipujuk dari sikap kedekutnya supaya berkongsi ayam goreng yang dibawanya. Cikgu Jasmin pula membawa salad untuk dikongsikan, tetapi ramai yang kurang suka kecuali Mei Mei dan Devi. Oleh itu, Cikgu Jasmin menasihati murid-murid supaya mengurangkan makanan ringan kerana tidak menyihatkan badan, lantas berjaya memujuk mereka semua untuk mencuba salad yang berkhasiat. Perkelahan Tadika Mesra berakhir selepas bermain, dengan memungut sampah dan berkemas. 
25 "Kisah Raja Pemburu (bhg 1)"   22 November 2010 (2010-11-22)
Jarjit Singh dimarahi oleh Saleh si pustakawan kerana kehilangan buku "Kisah Raja Pemburu" yang dipinjamnya dari perpustakaan bergerak. Oleh itu, Jarjit meminta pertolongan Penyiasat Upin dan Ipin agar mencari buku itu kembali, bermula dengan bayangan bahawa mungkin Ehsan dan Fizi pernah membaca sekilas buku Jarjit itu di gerai sewaktu buku itu baru dipinjam. 
26 "Kisah Raja Pemburu (bhg 2)"   23 November 2010 (2010-11-23)
Ketika disoal siasat oleh Upin dan Ipin, Ehsan dan Fizi menjelaskan bahawa Jarjit masih memegang bukuya ketika berpisah dari mereka untuk bermain tenteng dengan Mei Mei, Susanti dan Devi. Kemudian, Upin dan Ipin menyoal Mei Mei, kebetulan Mei Mei memiliki senaskhah lagi buku "Kisah Raja Pemburu" yang dihadiahkan oleh ibunya. Jelasnya, Jarjit memang meletakkan buku itu di sebelah tenteng, kemudian mereka berempat bermain puas-puas sehingga tiba-tiba ditakutkan oleh seekor monyet. 
27 "Kisah Raja Pemburu (bhg 3)"   24 November 2010 (2010-11-24)
Upin dan Ipin menyoal siasat Ijat dan Dzul pula. Mengikut keterangan Ijat, dia tengah bertengkah dengan monyet yang mencuri pisangnya, apabila buku itu terjatuh dari dahan pokok. Monyet inilah yang mengambil buku Jarjit! Kemudian, Ijat menyerahkan buku itu kepada Cikgu Jasmin. Jadi, semua sudah tahu di mana letaknya buku Jarjit itu. 
28 "Kisah Pisang & Cangkerang (bhg 1)"   29 November 2010 (2010-11-29)
Tok Dalang menceritakan kisah cubaan seekor monyet untuk menipu dua ekor kura-kura demi buah-buahan yang dicucuk tanam oleh kura-kura itu. Pertandingan buah-buahan gergasi di kampung bersebelahan menjadi peluang baik untuk sang monyet menipu adik-beradik kura-kura; untuk itu, ia hanya menjemput si adik kura-kura. 
29 "Kisah Pisang & Cangkerang (bhg 2)"   30 November 2010 (2010-11-30)
Adik kura-kura hanya pergi bersama monyet tanpa abangnya, tetapi mujurlah abang kura-kura mengikut secara curi-curi untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Bermacam-macam helah yang digunakan oleh sang monyet untuk merampas buah-buahan sang kura-kura, tetapi semuanya tidak menjadi... 
30 "Kisah Pisang & Cangkerang (bhg 3)"   1 Desember 2010 (2010-12-01)
Dengan meminta sahaja, monyet akhirnya merampas kantung buah-buahan kura-kura lantas menghabiskan semua isinya. Tiba-tiba, pemburu datang dan berjaya menangkap kura-kura sementara haiwan lain berlari, maka bergegaslah sang monyet untuk pergi menyelamatkannya. Sang monyet menawarkan diri untuk mengganti tempat sang kura-kura dalam ikatan demi buah-buahan simpanan pemburu, tetapi akhirnya sang monyet sendiri yang rugi. 
31 "Kenangan Manis (bhg 1)"   6 Desember 2010 (2010-12-06)
Kelas Cikgu Jasmin dipilih untuk bergambar istimewa bersama pengetua tadika sebagai tanda penghargaan sebagai kelas terbersih di Tadika Mesra. Sebaik sahaja pulang ke rumah, Upin dan Ipin disuruh oleh Kak Ros untuk mengemas bilik tidur mereka agar mereka meneruskan sikap murni yang membawa kepada kejayaan bilik darjah mereka. 
32 "Kenangan Manis (bhg 2)"   7 Desember 2010 (2010-12-07)
Ketika Upin, Ipin dan kawan-kawan menyaksikan Mei Mei dan Devi bermain batu seremban, Susanti muncul untuk memperkenalkan kamera segera kepada mereka. Pada pagi keesokan, Upin dan Ipin tergesa-gesa ke tadika supaya tidak terlewat untuk sesi bergambar, sampai mereka sanggup minum susu sahaja sebagai sarapan, tetapi lupa memastikan kebersihan kasut. 
33 "Kenangan Manis (bhg 3)"   8 Desember 2010 (2010-12-08)
Semua murid dalam kelas Upin dan Ipin sudah hadir, tetapi Cikgu Jasmin menggemparkan mereka dengan berita sedih bahawa sesi bergambar dibatalkan kerana pengetua tidak sihat. Mujurlah, Susanti membawa sekali kamera segeranya, supaya satu kelas masih dapat bergambar walau apa pun. 
34 "Lama Tapi Berharga (bhg 1)"   13 Desember 2010 (2010-12-13)
Upin dan Ipin bermain motosikal olok-olok (yang diperbuat daripada penutup tin dan batang kayu) dan mengikut Ah Tong yang tengah berlaung-laung untuk membeli barang terbuang. Mereka bertiga di rumah Mei Mei untuk membeli surat khabar lama, dan di sinilah Upin dan Ipin belajar bahawa barang lama masih ada harganya. Mereka balik ke rumah semata-mata demi mencari barang lama yang boleh dijual, seperti majalah lama dan tin kosong. 
35 "Lama Tapi Berharga (bhg 2)"   14 Desember 2010 (2010-12-14)
Upin dan Ipin tengah mengosongkan tin susu yang hampir habis dengan makanan baki serbuknya, tetapi disampuk oleh Kak Ros yang mengisi semula tin itu. Mujurlah masih ada sebuah tin biskut kosong yang sempat dicari mereka, tetapi ia tidak mendatangkan harga yang lumayan, apabila Ah Tong hanya memberikan dua biji gula-gula kepada mereka. Upin dan Ipin menebus kekecewaan dengan bermain motosikal olok-olok, kemudian meminjam mainan mereka itu kepada Fizi dan Jarjit. 
36 "Lama Tapi Berharga (bhg 3)"   15 Desember 2010 (2010-12-15)
Malangnya, Jarjit leka bermain sehingga terlanggar batu lalu menyebabkan motosikal olok-olok Ipin habis rosak. Demi melupakan kejadian tadi, Mael mencadangkan supaya semua bergegas ke merata kampung untuk mencari barang terpakai daripada semua penduduk untuk dijual kepada Ah Tong. Malangnya, basikal Ah Tong sudah penuh dengan benda terpakai orang lain! 
37 "Demi Metromillenium (bhg 1)"   20 Desember 2010 (2010-12-20)
Ketika semua kawan-kawan tengah bermain gasing, Ehsan muncul untuk memperagakan kostum Sarjan Husin 3000 yang baru dan mahal dan dibeli oleh bapanya. Sungguhpun tidak mampu membeli baju sedemikian, namun Upin dan Ipin mendapatkan kostum mereka sendiri dengan barang-barang terpakai di rumah, supaya mereka juga boleh bermain sebagai polis masa depan di Kota Metromillenium. 
38 "Demi Metromillenium (bhg 2)"   21 Desember 2010 (2010-12-21)
Sarjan Upin dan Sarjan Ipin ditugaskan menyiasat kejadian pencerobohan di Pusat Janakuasa Petromileni. Mereka terpaksa berlawan dengan tiga ekor robot yang membuat kerja laku musnah dan mencuri untuk seorang penyangak yang berjambul ungu. 
39 "Demi Metromillenium (bhg 3)"   22 Desember 2010 (2010-12-22)
Prof. Jarjit Singh menjelaskan kepada Sarjan Upin dan Sarjan Ipin, bahawa pihak Petromileni kecurian sejenis ciptaan berbentuk gasing yang bernama Leucadendron Vroom Vroom, yang dikhususkan untuk menjana bekalan tenaga elektrik seluruh kota Metromillenium; tanpa benda itu, maka satu kota hilang elektrik, melainkan ada penjana simpanan yang berbentuk hamster dalam bebola. Sarjan Upin dan Ipin mengimbas bangkai robot dengan kaca mata mereka untuk menghantar maklumat untuk diselidik oleh Ehsan dan Fizi. 
40 "Demi Metromillenium (bhg 4)"   27 Desember 2010 (2010-12-27)
Dengan bantuan maklumat yang ditemui oleh pasukan Dr. Ehsan dan Fizi, Sarjan Upin dan Ipin boleh menjejak semula bagaimana robot-robot itu boleh memasuki Pusat Janakuasa dengan begitu mudah dan apa tujuan mereka berbuat demikian. Mereka teringatkan bagaimana mereka mematikan seekor robot itu dengan tercabut engkol di belakangnya, supaya Prof Jarjit boleh membayangkan siapa dalang di sebalik kecurian peranti seakan gasing itu. 
41 "Demi Metromillenium (bhg 5)"   28 Desember 2010 (2010-12-28)
Berasaskan klu-klu yang dikupas setakat ini, Sarjan Upin dan Ipin bergegas ke sebuah kedai antik yang cukup mencurigakan. Rupa-rupanya di bawah kedai antik inilah tersembunyinya markas penyangak yang dicari-cari, iaitu Dr. Sally, seorang saintis yang disanjungi oleh pihak bandaraya pada suatu ketika dahulu, sehingga kecemerlangannya diatasi oleh Dr. Jarjit Singh dan diketepikan begitu sahaja. Dr. Sally mengurung Sarjan Upin dan Ipin dalam sangkar sambil menghidupkan mechanya yang dijana kuasa oleh peranti yang dicurinya. 
42 "Demi Metromillenium (bhg 6)"   29 Desember 2010 (2010-12-29)
Sarjan Upin dan Ipin berjaya melepaskan diri daripada kurungan masing-masing, tetapi Dr. Sally sudah pun mengganas di kota dengan mecha gergasi yang dipandunya. Mereka berdua bertungkus lumus untuk mematahkan serangan jentera Dr. Sally sehingga berjaya ... sebelum Kak Ros memanggil mereka balik ke rumah. 

Referensi[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pelakon Suara Musim Baru Upin & Ipin, LCP Blog!, 17 Mac 2010. Dicapai pada 17 Mac 2010.
  2. ^ Berpuasa bersama Upin & Ipin, Les' Copaque Production (blog), 19 Ogos 2010.