Orang Seletar

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Langsung ke: navigasi, cari

Orang Seletar merupakan salah satu dari 18 suku yang tergolong dalam ras Orang Asli di Malaysia. Mereka tergolong kelompok Melayu Proto yakni salah satu dari 3 kelompok utama kaum Orang Asli. Orang Seletar juga dikenali sebagai Sea Gypsies.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Suku Seletar dipercaya berasal dari Pulau Seletar, Singapura. Mereka adalah penduduk pribumi Singapura dan tergolong penduduk yang paling awal menetap di pulau tersebut. Dahulu, Orang Seletar adalah sebahagian dari kaum Orang Laut yang tinggal di dalam sampan panjang serta hidup secara nomad di permukaan laut, pulau, persisiran pantai dan kuala sungai. Walau bagaimanapun, kini mereka sudah tinggal di kawasan darat Semenanjung Malaysia serta memiliki kawasan perkampungan mereka sendiri. Meskipun Orang Seletar pada asalnya adalah sebahagian dari kaum Orang Laut, namun kini kerajaan Malaysia telah mengkategorikan suku mereka sebagai sebahagian dari kaum Orang Asli.

Daerah Persebaran Dan Cara Hidup[sunting | sunting sumber]

Sejak dahulu, Suku Seletar bergantung kepada hasil laut. Keadaan ini menyebabkan mereka sering hidup berpindah-pindah. Walau bagaimanapun, perubahan dalam sosio ekonomi telah mengubah cara hidup mereka. Suku Seletar kini menempati daerah yang lebih teratur di selatan Johor, seperti di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru. Mereka masih menganut kepercayaan animisme tetapi ada pula di antara mereka yang telah menganut agama Islam. Sebagian dari masyarakat suku Seletar sudah bekerja di beberapa perusahaan perindustrian. Mereka juga kini menangkap ikan menggunakan peralatan modern. Beberapa pula mendirikan usaha rumah makan yang menyajikan makanan laut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]