Pembicaraan:Hikayat Sang Bima

Konten halaman tidak didukung dalam bahasa lain.
Bagian baru
Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Pendawa 5

Al kisah maka tersebutlah ceritera Begawan Biasa yang memegang pekerjaan menjadi raja jin di atas kayangan. Maka raja itu pun berputeralah dua (2) orang, seorang laki2 bergelar maharaja Pandu Dewa Nata terlalu amat kesaktian dan gagah berani lagi kebal kuat johan pahlawan tiadalah yang dapat melawan.

Maka yang perempuan itupun bernama puteri Ganti Nazhoraja yang terlalu elok parasnya seperti bulan yang empat belas (14) hari cahayanya tiada dapat di tentang nyata segala yang memandang dan menentang habislah bius matanya seperti bintang Shamsa dan hidungnya laksana bintang Qomar dan dagunya laksana bintang Najam dan susunya buntar bertudung durah seperti bintang Zuhrah.

Maka kedua bersaudara itupun berlaki bini maka lalu ia beranaklah lima (5) orang laki2. Pertama2 maharaja Dermawangsa dan kedua Sang Bima dan ketiga Sang Kula dan keempat Sang Rajuna dan kelima Sang Dewa.

Hataya maka maharaja Pandu Dewa Nata pun akan ganti seri paduka ayahanda maulana baginda akan menjadi raja jin di kayangan. Maka Sang Bima pun turunlah ke tanah Jawa dengan segala saudaranya dengan laskar hulubalang serta lengkap dengan alat senjatanya.

Maka ia pun lalu berbantahan dan berkelahi dengan maharaja Bumi akan merebutkan tanah Jawa maka berperang besarlah dengan maharaja Bumi kerana ialah raja jin dan manusia di tanah Jawa terlalu amat kesaktian berani gagah juga. Arakian maka di palu oranglah genderang peperangan maka sekelian masuklah ke tengah medan berdiri bersaf2lah menteri hulubalang pada kedua pihak. Maka masuklah hulubalang maharaja Bumi yang bergelar dengan Betara Pari dan masuklah hulubalang Sang Bima yang bernama Betara Wilmana.

Maka berseru2lah maharaja Pari “Hai laki2 jika sungguh engkau laki2 marilah apa yang ada padamu” maka di panahkan oleh Betara Pari kepada Betara Wilmana tujuh (7) kali berturut2 maka di tangkiskan oleh maharaja Wilmana dengan perisai yang keemasan maka tiadalah berguna lagi panahnya itu. Maka di panah balas oleh Betara Wilmana akan Betara Pari empat (4) kali dan lima (5) kali berturut2 maka di tangkiskan oleh Betara Pari tiadalah berguna lagi maka laskarnya pun sama juga banyak yang mati. Maka apabila masuk matahari maka di palu oranglah genderang kembali maka lalu undur kedua pihak laskar itu.

Setelah keesokan harinya maka di palu oranglah genderang perang maka masuk berhadapan kedua pihak laskar itu maka Betara Wilmana dan Betara Pari masuk bermain pedang. Maka di parang oleh Betara Pari akan Betara Wilmana tiga (3) kali berturut2 maka di tangkiskan oleh Betara Wilmana tiada berguna.

Maka di parang oleh Betara Wilmana dua (2) kali berturut2 tiada kena maka ketiga (3) kalinya lalu kena kepalanya belah dua (2) lalu sampai kepada kudanya jadilah penggal empat (4) lalu mati. Maka di lihat oleh maharaja Bumi hulubalangnya sudah mati maka di suruhnya masuk lagi hulubalang yang lain2 habis mati dan laskarnya setengah mati dan setengah lari.

Maka di suruhkannya masuk lagi beberapa ribu dan ratus dengan hulubalangnya bernama Betara Cendera maka lalu di panahnya Betara Wilmana tiga (3) kali berturut2 maka tersalah tangkisannya oleh Betara Wilmana maka lalu kena dadanya terus ke belakang lalu mati terguling. Maka di lihatnya hulubalangnya yang sudah mati itu oleh maharaja Bumi maka sekelian masuk berperanglah ramai dengan sekelian laskar hulubalangnya.

Maka di lihatnya Sang Bima empat (4) bersaudara yang masuk perang itu oleh maharaja Bumi maka iapun masuk berperanglah dengan laskar hulubalangnya dengan beberapa ribu anak cendera dan pari kerana maharaja Bumi itu asal bangsa daripada Sang Yang Jaharanang maka terlalu besar dan ramai perang itu.

Terang cuaca menjadi kelam kabut abu pun naiklah ke udara maka tempik sorak seperti gemuruh dan guntur dan kilat kilatan senjata seperti bintang di langit. Maka banyaklah darah yang tumpah ke tanah mengalirlah seperti air sungai dan bangkai pun bertimbun2lah seperti pulau.

Maka di dalam peperangan itu maka terkenalah oleh anak panah maharaja Bumi akan Sang Rajuna sebab salah tangkisnya maka beberapa lamanya Sang Rajuna tiada menyedar akan dirinya melainkan tidur seperti laku orang mati jua.

Maka terdengarlah kepada raja kayangan maharaja Dermawangsa maka ia turun ke tanah Jawa membantukan saudaranya dengan segala hulubalang laskarnya yang seribu laksa seratus keti dan hulubalang yang kenamaan tujuh ratus yang memegang jerat dan pedang dan perisai tembaga maka terlalu besar perang itu.

Al kisah maka tersebutlah ceritera dewa Sang Bima yang pergi mencari ubat saudaranya dewa Sang Rajuna maka ia pun pergi naik ke kayangan. Maka bertemulah dengan seorang perempuan tua daripada asal bangsa turun temurun daripada Sang Yang Waniaya di namai akan dia dewi Rimbi.

Maka Sang Bima pun meminta ubat penawar kepada dewi Rimbi itu demikian katanya “Ya tuanku hamba datang dari tanah Jawa mengadap kepada tuanku. Mohonkan apalah kiranya kasih sayang berikan ubat penawar kerana saudara hamba Sang Rajuna telah kena oleh kesaktian anak panah maharaja Bumi berperang di tanah Jawa”.

Maka berkata dewi Rimbi “Bahawa hamba berikan juga ubat itu tetapi di peristerikan memang akan hamba. Kuberikan ubat ini nescaya sihatlah Sang Rajuna daripada penyakitnya itu. Maka jikalau tuan hamba tiada redha tuan hamba di peristerikan hamba maka hamba pun tiada mahu memberikan ubat saudara tuan hamba itu nescaya matilah Sang Rajuna itu daripada sebab kesaktian anak panah maharaja Bumi itu”.

Hataya maka berfikirlah Sang Bima daripada mendengar kata dewi Rimbi itu kerana Sang Bima pun tiada mahu memperisterikan dia kerana dewa Rimbi sangat tua umurnya daripada Sang Bima akan tetapi Sang Bima pun terlalu sayang akan saudaranya Sang Rajuna.

--putus--

Berapa lamanya telah besarlah anaknya itu maka paduka anakda Sang Gatot Kaca memohonkan dirinya kepada bondanya maka ia pergi mendapatkan paduka ayahanda ke tanah Jawa kerana tiadalah berkesudahan peperangan itu dengan maharaja Bumi. Maka Sang Gatot Kaca pun tiadalah boleh di tahan oleh paduka bondanya lalu pergi dengan segala hulubalang rakyat bala tenteranya dan penggawa panglimanya dengan anak raja mambang bernama Sang Sangun Adi dan anak raja dewa2 bernama maharaja Arngun Dewa dengan beberapa keti dan laksa rakyat anak raja2 itu.

Maka hulubalangnya dalam seorang2 anak raja yang ketiga (3) itu sembilan ratus sembilan puluh sembilan (999) maka dalam seorang2 hulubalang itu adalah laskarnya seribu keti sepuluh ratus ribu menunggang kuda lain daripada yang berjalan tanah. Maka apabila sampai ke tanah Jawa maka berpeluk ciumlah dengan segala paduka ayahanda dan mamanya dan bertangis tangisanlah dengan segala anak raja2 jin itu.

Maka lalu Sang Gatot Kaca mengunus senjatanya serta bercakaplah di hadapan segala ayahanda sekelian mengatakan “Jikalau patik tiadalah aku alahkan maharaja Bumi baiklah kupakai cara perempuan”. Maka bercakaplah anak raja mambang “Jikalau patik lari jangan harap dua kali” maka bercakaplah anak raja dewa “Potongkan zakar patik jikalau hamba lari”.

Maka masing2 masuk bercakap segala hulubalang dan laskar sekelian maka masuklah berperang seolah2 dunia akan kiamat tempik sorak umpama gemuruh dan halilintar dan kelam kabut tiada berketahuan maka api senjata pun berkilat seperti bintang di langit dan bangkai seperti batang dan kepala seperti anak keti dan darah seperti laut.

Arakian maka berapa lamanya peperangan itu maka lalu pecah perangnya maharaja Bumi lalulah lari naik kayangan. Maka Sang Bima dengan paduka saudaranya dan paduka anakda Sang Gatot Kaca meratakan seluruh tanah Jawa maka sekelian raja2 pun habislah takluk kepadanya. Arakian maka paduka maharaja Dermawangsa pun bersuka sukaan dengan segala saudaranya dan sekelian anak jin dan anak dewa dan anak raja mambang.

Maka lalu meletakkan tahta kerajaan raja kepada paduka anakda Sang Gatot Kaca akan ganti dirinya serta di suruh pulang naik kayangan dengan segala jin dan dewa2 dan mambang menjadi raja memegang kerajaan di kayangan. Maka bermohonlah Sang Gatot Kaca serta mencium peluk kaki paduka ayahda sekelian itu lalu naik kayangan.

Hataya maka berapa lamanya maharaja Dermawangsa bermain2 temasa di tanah bersuka2an dan ramai ramaian dengan saudaranya. Maka pergilah main2 di gunung Samawi iaitu negeri Aceh bernama Pasai itulah negeri yang telah di Asalamakan Allaha Taa’alaya daripada segala negeri yang di bawah angin belum ada rasul Allaha memang maka di sanalah diam Dermawangsa bertapa kepada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya dengan tilawat Al Qoroana القران.

Syahdan maka pada zaman rasul Allaha akan membawa dan menyuruh segala jin dan manusia yang di atas angin sampai ke bawah angin. Maka rasul Allaha menaruh wasiat kepada sahabat Abu Bakar dan Omar dan Othman dan Ali “Jikalau sudah mati aku hendaklah engkau meratakan segala raja2 jin dan manusia yang belum masuk agama Asalaama di atas angin sampai di bawah angin. Maka barang siapa kemudian daripada ini yang turun di bawah angin jangan sekali2 di permudahkan ada sebuah gunung Samawi namanya di negeri Pasai.

Itulah negeri Aceh sudah di Asalaamakan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya mendirikan yang sebenar2nya kepada zaman paduka maulana sultan Al Azhim Wa Al Kabir Iskandar Zulqarnain memang dan adalah seorang anak raja jin bernama maharaja Dermawangsa dalam negeri itu. Maka barang siapa engkau yang sampai di sana maka hendaklah kamu memberi hormat dan ngirat akan raja itu dan segala orang dalam negeri itu”. Akan tetapi kepada zaman sahabat yang empat orang itu belum di takdirkan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya turun ke bawah angin kerana negeri di atas angin belum rata di Asalaamakannya.

Bermula kepada zaman maulana Zaina Al Abidin anaknya oleh saidina Husin maka di titahkan dua orang sayada Mahamada dan sayada Ibrahim turun ke bawah angin akan memasukkan agama Asalaama اسلام sekelian jin dan manusia lalu masuk ke dalam negeri Pasai. Maka di lupakanlah amanat maulana saidina Zaina Al Abidin oleh tuan sayada kedua itu maka tiadalah memberi hormat dan ghirat orang dalam negeri itu seperti wasiat rasul Allaha.

Maka datang raja jin maharaja Dermawangsa lalu memberi salam dengan segala tuan sayada kedua itu pun tiada mahu menyahut dari kerana sebab lain rupa pakaiannya dengan segala pakaian orang Arab di katakan kafir segala tuan2 di dalam negeri itu.

Maka maharaja Dermawangsa dengan segala tuan2 di dalam negeri berdiri mengucap syahadat dan membaca Qoroana قران hafaz sekhatam maka lalu tuan sayada kedua itu meminta ampun kepada maharaja Dermawangsa. Maka tuan sayada kedua itu pun tiadalah mahu kembali ke negerinya daripada sebab malunya bahawa ialah akan menjadi orang dalam negeri itu demikianlah adanya Wa Allaha Aa’lama و الله اعلم.

Sumber: Kitab Bima

Transliterasi Jawi ke Rumi oleh Mahamada Al Mahadaya محمد المهدي