Anjing air moskow

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
(Dialihkan dari Anjing air moskwa)
Anjing air moskow
Nama lain Anjing penyelam moskow
Anjing pengutip moskow
Negara asal Rusia
Ciri-ciri

Anjing air moskow (bahasa Rusia: московская водяная собака, moskovskaja vodjanaja sobaka; Inggris: Moscow water dog), anjing penyelam Moskwa (bahasa Rusia: московский водолаз, moskovskij vodolaz; Inggris: Moscow diver dog), atau anjing pengutip moskow (bahasa Rusia: московский ретвивер, moskovskij retriver; Inggris: Moscow retriever dog) adalah satu ras anjing yang kurang diketahui yang diperoleh dari anjing Newfoundland, anjing gembala Kaukasus dan anjing gembala Eropa Timur. Ia kini punah, tetapi pernah digunakan dalam pengembangan terier hitam Rusia. Anjing air moskow dihasilkan hanya oleh Kenel Bintang Merah (bahasa Rusia: Красная звезда), organisasi kendalian negeri yang dikhaskan untuk menyediakan anjing pekerja untuk layanan bersenjata.

Selepas Perang Dunia II, hanya ada sedikit anjing pekerja di Uni Soviet kerana banyak yang terkorban semasa perang. Sesetengah diimpor tetapi tidak ada cukup untuk mengasaskan program penangkaran khas untuk ras spesifik. Sekolah Anjing Pekerja Ketentaraan Pusat (Kenel Bintang Merah), di bawah perintah Kolonel G. P. Medvedev mulai bekerja mengembangkan sebilangan ras khas sendiri dengan penyilangan ternakan tersedia. Beberapa ras diasaskan termasuk anjing Newfoundland Moskow, satu silangan anjing gembala Jerman dengan anjing Newfoundland; anjing Denmark besar Moskow, menggunakan anjing gembala Jerman dan anjing Denmark besar; anjing pemburu Brudasty, yang merupakan campuran terier Airedale dengan anjing pemburu Rusia; anjing pengawal Moskow, satu gabungan anjing Santo Bernard dan anjing gembala Kaukasus; dan anjing air Moskow. Ras paling berjaya untuk keluar dari program ini adalah terier hitam Rusia, yang memperoleh pengiktirafan internasional pada 1984; ia diperoleh dari gabungan 14 baka berlainan termasuk anjing air Moskow pada peringkat pengembangan kemudian.

Anjing air Moskow ditangkarkan di Krasnaya Zvezda, Belarus, dengan penangkaran silang anjing Newfoundland jantan dengan anjing gembala Eropah Timur dan anjing gembala Kaukasus betina, dan dengan pengawinan anak dengan yang lain. Ia dikembangkan sebagai anjing penyelamatan air/penyelamatan nyawa, tetapi menurut O. Krasnovskaya, "Itu bukan idea bagus kerana [ia] tidak sanggup menyelamatkan orang lemas, tetapi kebanyakannya kelihatan menggigit mereka maka ras ini tidak pernah dikembangkan."

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:Anjing Rusia Templat:Ras anjing punah