Tata bahasa Melayu
Artikel ini perlu diterjemahkan dari bahasa Melayu ke bahasa Indonesia. |
Tata bahasa melayu adalah sekumpulan kaidah yang menerangkan struktur pengungkapan dalam bahasa Melayu, yang juga meliputi bahasa Melayu Malaysia dan Indonesia. Ini termasuk kata, frasa, klausa dan kalimat. Dalam bahasa Melayu, ada empat bagian dasar tuturan: kata benda, kata kerja, kata sifat, dan kata fungsi tata bahasa (atau partikel). Kata benda dan kata kerja dapat berupa akar dasar, tetapi seringkali diturunkan dari kata lain dengan penggunaan awalan dan akhiran.
Pembentukan kata
[sunting | sunting sumber]Bahasa Melayu bersifat aglutinatif, dan kata-kata baru dibentuk dengan tiga cara, yaitu penambahan imbuhan ke kata dasar (pengimbuhan), penambahan kata lain untuk membentuk gabungan (penggabungan), atau pengulangan penuh atau setengah dari kata (perulangan). Namun dalam perkembangannya, morfologi bahasa Melayu telah disederhanakan secara mustahak, sehingga menghasilkan morfologi turunan yang meluas tetapi morfologi berinfleksi yang sedikit. Oleh karenanya, bahasa Melayu digolongkan sebagai bahasa isolatif, seperti bahasa-bahasa tertutur lain di Asia Tenggara Daratan.[1]
Imbuhan
[sunting | sunting sumber]Kata akar biasanya berupa kata benda dan kerja, yang bisa diimbuhkan untuk menurunkan kata baru, misal, masak dapat menghasilkan mêmasak (aktif), mêmasakkan (memasak untuk), dimasak (pasif) dan pêmasak (orang yang memasak), masakan (hasil memasak). Beberapa awalan (dan apitan) dapat mengubah konsonan tertentu di awal kata: misal, sapu menjadi pênyapu (orang yang menyapu); panggil menjadi pêmanggilan (tindakan atau olah memanggil) dan tolong menjadi mênolong (aktif).
Sintaksis
[sunting | sunting sumber]Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Ayat
[sunting | sunting sumber]Untuk rencana lanjutan, lihat Jenis Jenis Ayat
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
- Contoh:Ahmad sedang membuat kerja rumah.
Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
Frasa
[sunting | sunting sumber]Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS. Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Frasa endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut unsur inti ini. FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik. Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa itu.
- Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis kata nama)
Manakala frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti contohnya ke tandas dan di sekolah . Kewujudan sendi nama di bergantung pada sekolah dan ke kepada tandas. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran.