Sailor Pluto
Sailor Pluto | |
---|---|
Tokoh Sailor Moon | |
Penampilan perdana | Act #18, "Time Warp, Sailor Pluto" (1993) |
Pencipta | Naoko Takeuchi |
Biodata | |
Alias | Setsuna Meioh Puteri Pluto |
Kaitan | Outer Senshi Shadow Galactica (manga/ crystal) |
Kuasa dan Keahlian | Manipulasi ruang dan waktu, penghasilan tenaga pemusnah, penghasilan medan tenaga |
Adaptasi bahasa Inggris | |
Nama | Trista Meioh (anime DiC dan CWI) |
Sailor Pluto (セーラープルート Sērā Purūto) ialah karakter rekaan dalam serial manga Sailor Moon yang diciptakan oleh Naoko Takeuchi. Nama manusianya adalah Setsuna Meioh (冥王 せつな Meiō Setsuna), dan dia adalah prajurit Sailor yang memiliki kuasa luarbiasa untuk melindungi Tata Surya dari kuasa jahat.
Satu yang membedakannya di antara semua prajurit Sailor adalah di mana beliau ditempatkan di Pintu Ruang-Waktu; menghalang siapapun yang melaluinya tanpa tujuan. Dia memiliki kuasa yang dikaitkan dengan waktu, ruang, dunia orang mati dan kegelapan.
Profil
[sunting | sunting sumber]Sailor Pluto belum diperkenalkan sehingga di pertengahan musim kedua Sailor Moon. Pluto adalah prajurit yang menjaga pintu waktu.
Anime 90an
[sunting | sunting sumber]Di dalam anime lama, dia pertama kali diperkenalkan berkomunikasi dengan Chibiusa melalui boneka Luna-P. Sailor Pluto memanggil Chibiusa sebagai "Small Lady", sebagai balasannya Chibiusa memanggilnya "Puu".
Di musim ketiga Sailor Moon, Sailor Pluto menjadi manusia biasa, meninggalkan pintu waktu untuk menyertai Sailor Uranus dan Neptune. Dia menyamar menjadi seorang mahasiswi universitas dengan jurusan fisika.
Manga dan Crystal
[sunting | sunting sumber]Di dalam manga, Pluto bereinkarnasi dengan kekuatan Neo-Queen Serenity selepas mengorbankan dirinya pada akhir musim kedua; manakala di dalam anime lama, Pluto diizinkan untuk meninggalkan pos kawalannya. Biarpun sebagai manusia, Setsuna Meioh adalah yang tertua dibandingkan semua prajurit Sailor, berada dalam usia remaja akhir. Dia digambarkan sebagai seorang yang "kesepian" dan "suka menjauhkan diri", walaupun sering kali menunjukkan kasih sayangnya terhadap Chibiusa.
Selain Sailor Venus (yang mana digambarkan sebagai Dewi Cinta), dia juga merupakan prajurit Sailor yang dikatakan memiliki darah seorang dewi, yakni Dewi Waktu yang "menjaga Pintu Ruang-Waktu untuk selama-lamanya."
Pluto digambarkan sebagai seorang yang selalu memberi bantuan kepada prajurit Sailor yang lain, tidak seperti Sailor Uranus dan Neptune. Pada musim kedua Sailor Moon, Sailor Pluto mengizinkan mereka melalui Pintu Waktu, walaupun biasanya hal ini tidak diperbolehkan. Pada musim ketiga Sailor Moon, Pluto sering memberi bantuan kepada Sailor Moon dan yang lainnya walaupun Uranus tidak mau bekerjasama dengan mereka. Di dalam manga, dia menjadi inspirasi kepada Ami dalam mencari kekuatan sebenarnya, dan akhirnya berubah wujud menjadi Super Sailor Mercury.
Di dalam manga, Sailor Pluto digambarkan berkulit lebih gelap dan mempunyai kostum yang berwarna hitam. Dia juga dikatakan anak perempuan kepada Dewa Chronos, yaitu dewa waktu. Memiliki kepribadian yang tegas, dia selalu menuruti peraturan dan akan membunuh siapa saja yang mencoba melalui Pintu Waktu. Dia juga hampir membunuh Sailor Moon kerana ketegasannya "siapapun yang melanggar peraturan di ruang-masa akan dihukum", sebelum mengenalnya. Luna menyatakan bahawa tidak ada siapapun yang harus tahu kewujudan Sailor Pluto, dan tidak ada seorangpun yang pernah melihatnya. Dia dikenali sebagai "prajurit yang kesepian".
Bentuk
[sunting | sunting sumber]Di sepanjang perkembangan cerita Sailor Moon, Sailor Pluto juga berkembang dari segi bentuk, pakaian dan kuasa istimewanya.
Sailor Pluto
[sunting | sunting sumber]Identitas Setsuna yang utama adalah dia adalah seorang prajurit Sailor. Kostumnya berwarna hitam, tanpa lengan baju, memakai pita berwarna cokelat, dan permata berwarna magenta yang bergantung pada choker dan pitanya.
Dia mempunyai kekuatan berdasarkan ruang dan waktu, serta ditempatkan di Pintu Ruang-Waktu supaya tidak ada siapapun yang melaluinya. Semasa Permaisuri Serenity menyatakan tugas Sailor Pluto, dia tidak diizinkan melanggar "3 pantangan" iaitu: dia tidak diperbolehkan meninggalkan waktu, dia tidak diperbolehkan meninggalkan pos jagaannya dan dia tidak diperbolehkan untuk menghentikan waktu. Jika dia melanggarnya, dia akan mati. Di sepanjang serial Sailor Moon, Sailor Pluto telah melanggar ketiga-tiga pantangan ini.
Sailor Pluto juga memiliki Tongkat Delima, tongkat berbentuk kunci yang mana di bahagian atasnya bertatah Bebola Delima, iaitu salah satu dari 3 Talisman yang dibawa oleh Sailor Uranus, Neptune dan Pluto sendiri. Di dalam manga, beliau juga kadangkala memakai tali pinggang yang berhias dengan anak kunci.
Di musim keempat manga Sailor Moon, beliau memperoleh Crystal Pluto dan kostumnya menjadi sama seperti Super Sailor Moon. Manakala di dalam anime lama, Di episode pertama musim kelima, kostumnya berubah menjadi sama seperti Super Sailor Moon. Akhirnya, di penghujung musim keempat manga Sailor Moon, kostumnya kembali berubah menjadi seperti Eternal Sailor Moon.
Princess Pluto
[sunting | sunting sumber]Semasa di Silver Millenium, Sailor Pluto juga adalah princess bagi planetnya. Dia diberi tugas melindungi Tata Surya dari kuasa jahat yang datang dari luar. Dia mempunya istananya sendiri, yaitu Istana Charon.
Kekuatan dan Senjata
[sunting | sunting sumber]Sebagai manusia biasa, Setsuna tidak dapat menggunakan kekuatannya. Untuk menggunakan kekuatannya, dia akan mengangkat tangannya atau menjulang tongkat saktinya dan menyeru "Pluto Planet Power, Make Up!".
Nama kuasa istimewa Pluto berkait rapat dengan namanya dalam mitos Yunani. Sesuai dengan gelarannya sebagai "Penjaga Dunia Orang Mati", kuasa istimewanya yang pertama-tama ditunjukkan digelar serangan "Dead Scream" (破滅喘鳴(デッド・スクリーム) Deddo Sukurīmu). Serangan ini digunakan di dalam seluruh serial anime lamanya. Di dalam anime lama, tidak seperti kebanyakan serangan prajurit Sailor dimana mereka menyeru dengan lantang serangan mereka, Sailor Pluto hanya membisikkan nama serangannya.
Di dalam manga, Sailor Pluto juga memiliki beberapa kuasa serangan yang lain, antaranya Chronos Typhoon (時空嵐撃(クロノス・タイフーン) Kuronosu Taifūn). Bebola Delimanya juga mampu menghasilkan medan tenaga yang mampu melindungi dirinya dari serangan. Dia juga mampu menghentikan masa; di dalam manga, Pluto menggunakan kemampuan ini untuk menghalang Pangeran Demande dari menyatukan Silver Crystal masa depan dan masa lalu, yang mana jika disatukan, akan membawa kepada paradoks waktu yang akhirnya memusnahkan seluruh alam semesta dan di dalam anime lama, beliau menghentikan masa supaya Sailor Uranus dan Neptune terselamatkan dari ledakan helikopter.
Musim ketiga serial manga Sailor Moon menyatakan satu lagi keupayaan Sailor Pluto, iaitu menutup pintu ruang yang membuka ke alam lain. Apabila Sailor Saturn menyerang Pharaoh 90, dia meminta Pluto menutup pintu ke dunia asal Pharaoh 90 untuk selama-lamanya. Pluto melakukan ini dengan menyerukan "Dark Doom Close" (冥空封印).