Penjara Johor Bahru: Perbedaan antara revisi

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Konten dihapus Konten ditambahkan
sedikit
YurikBot (bicara | kontrib)
k robot Adding: en
Baris 64: Baris 64:
[[kategori:Penjara]]
[[kategori:Penjara]]


[[en:Johor Bahru Prison]]
[[ms:Penjara Johor Bahru]]
[[ms:Penjara Johor Bahru]]

Revisi per 19 Maret 2006 15.24

Lambang Penjara Johor Bahru

Penjara Johor Bahru, yang ditempatkan di ibu kota negeri Johor, Malaysia dahulunya dikenal sebagai "Kota Penjara". Penjara ini merupakan penjara yang ketiga tertua di Malaysia, setelah Penjara Pulau Pinang dan Penjara Taiping, Perak. Penjara ini telah diresmikan pembukaannya oleh Sultan Illham Almarhum Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Daeng Ibrahim pada tahun 1883 untuk menahan para kriminal di dalam negeri, dan juga mereka yang menentang kerajaan penjajah Britania Raya.

Penjara ini terletak di atas sebidang tanah seluas 1.8 hektar di kawasan bandaraya, dan dilingkungi oleh tiga batang jalanraya, iaitu Jalan Ayer Molek, Jalan Gertak Merah dan Jalan Khalid Abdullah. Pada 30 Agustus 2005, penjara ini telah dipindah ke bandar Keluang di Johor Tengah, disebabkan kekurangruangan yang amat pesat. Dengan pemindahan penjara ini, habislah suatu riwayat yang kekal selama 122 tahun.

Kompleks penjara

Berkas:300px-Prison corner.jpg
Sudut kiri di bagian hadapan Penjara Johor Bahru

Desain awal penjara ini dirancang sendiri oleh Sultan Illham Almarhum Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Daeng Ibrahim, yang telah melawat penjara-penjara di Shanghai, China dan Osaka, Jepang untuk melihat keadaan fisik serta rancangan penjara-penjara yang terdapat di sana.

Penjara ini dibangun pada 16 April, 1882 oleh seorang kontraktor China yang bernama Wong Ah Fook dan seorang arsitek yang dikenal sebagai Engku Abdul Majid dengan biaya RM 30.000. Luas penjara ini adalah sebesar 1.8 hektar (400 x 400 kaki). Kapasitasnya ialah 200 orang narapidana.

Pada asalnya, terdapat hanya dua buah bangunan penempatan banduan, dua bengkel latihan, dapor memasak, bangunan tandas, rumah sakit dan sebuah pejabat pentadbiran. Peredaran masa dan keperluan bagi menampung kapasiti banduan yang kian meningkat, beberapa bangunan telah dibina dan diubahsuai dengan sepuluh buah blok penempatan, lima buah bengkel vokasional, tempat lawatan keluarga, pejabat kaunseling, pejabat pengawai kebajikan, surau dan kemudahan lain yang mampu menampung 1,500 orang banduan. thumb|300px|right|Salah satu daripada bangunan-bangunan penempatan banduan Keluasan kawasan bertembok, sebanyak 160,000 kaki persegi (1.8 hektar) dengan ketinggian tembok setinggi 20 kaki, adalah sama sahaja dengan keluasan pada tahun 1883. Kawasan sekeliling penjara telah habis diguna, dengan kawasan perumahan kakitangan memakan keluasan 3.8 hektar (9.4 ekar). Oleh demikian, setiap ruangan yang sedia ada di dalam kawasan penjara terpaksa diguna dan susunan bangunan-bangunan amat padat (sila rujuk kepada pelan lakar kawasan penjara). Dengan itu, tertimbullah persoalan adakah undang-undang kebakaran api terlanggar. Banduan-banduan juga dirumahkan tujuh hingga lapan orang sebuah bilik sel, walaupun ianya direka hanya untuk tiga banduan sahaja. Walaubagaimanapun, adalah ajaib sekali bahawa penjara ini dapat dikekalkan selama 122 tahun.

Hukuman merotan

Dua jenis rotan: Baris depan ialah rotan jenis tebal dan baris yg belakang ialah rotan jenis nipis

Hukuman mati tidak dilaksanakan di penjara ini. Banduan reman yang telah dijatuhkan hukum mati akan dihantar ke penjara pusat di Kuala Lumpur. Walaupun demikian, hukuman merotan siap dilaksanakan di kawasan penjara ini pada setiap hari Isnin dan Khamis.

Undang-Undang Mengenai Merotan

Jumlah rotan yang paling banyak yang boleh dikenakan keatas seorang pesalah mengikut undang-undang Malaysia ialah 24 rotan. Terdapat dua jenis rotan yang diguna:

Rotan jenis nipis tidak begitu merosakkan badan, akan tetapi ia lebih menyakitkan. Merotan dengan rotan tebal yang melebihi lima kali boleh mengakibatkan kematian pucuk dan kematian rasa dari punggung ke bawah, yang mana kematian tersebut payah dipulih. Oleh kerana kesan merotan yang begitu dashyat, undang-undang Malaysia telah mengecualikan kategori-kategori di bawah daripada hukuman tersebut:

  • Perempuan, kerana merotan boleh menjejas keupayaan beranak;
  • Lelaki berumur 50 tahun keatas;
  • Orang yang disahkan tidak sihat oleh pegawai perubatan; dan
  • Orang gila.

Kaedah-Kaedah Merotan

Pada hari hukuman merotan dilaksanakan, para banduan yang terlibat akan diberi pemeriksaan perubatan. Mereka akan beratur dalam satu baris untuk giliran masing-masing di tempat yang mana pelaksanaan merotan tidak boleh dinampak mereka.

Pengarah Penjara Negeri Johor akan menyelia pelaksanaan merotan, bersama-sama dengan seorang pegawai perubatan daripada Hospital Sultanah Aminah dan seorang lagi pegawai penjara. Perhatian teliti perlu diambil supaya hukuman merotan tidak dijatuhkan keatas banduan yang salah. Pengarah Penjara akan membaca hukuman kepada pesalah, dan memintanya mengesahkan adakah hukuman yang terbaca itu betul atau tidak. Beliau juga akan menanya pesalah tersebut agar rayuan telah dibuat. Jika ya, hukuman merotan akan ditangguhkan sehingga keputusan rayuan diputuskan.

Berkas:250px-Caning.jpg
Patung banduan yg diikat ke rangka berbentuk "A". Dalam gambar ini, kepalanya masih belum diletakkan dibawah kayu melintang.

Pesalah masih dalam keadaan telanjang selepas pemeriksaan perubatan, kecuali sehelai apron yang diikat kepada pinggang. Sewaktu dirotan, tangan dan punggungnya diikat kepada suatu rangka berbentuk "A". Kepalanya diletakkan dibawah sebatang kayu melintang supaya badannya membongkok. Kakitangan yang melaksanakan hukuman merotan mestilah berkelayakan dan disahkan melalui persijilan. Mereka akan dibayar RM10.00 untuk setiap rotan, dinaikkan daripada cuma RM1.00 sedekad dahulu.

Dalam pelaksanaan tugasnya, petugas merotan tidak boleh digopoh-gopahkan. Pegawai penjara yang membilang jumlah rotan tidak boleh menentukan waktu untuk rotan yang kemudian. Tugasnya cuma memastikan pesalah tidak dikenakan rotan yang melebihi atau kurang daripada apa yang ditetapkan oleh mahkamah.

Petugas merotan akan mula dengan memegang rotan secara mendatar atas kepalanya. Kesunyian dipeliharakan di kawasan merotan. Apabila dia sedia, dia akan melepaskan tangan kirinya dan menghayunkan rotan kearah punggung pesalah dengan sekuatnya, seolah-olah pemain golf menghayunkan pemukul. Untuk mencapai akibat yang paling dashyat, petugas merotan perlu memastikan bahawa hujung rotan diguna untuk memukul pesalah. Rotan yang direndam dengan "Pemutih Clorox" untuk membunuh kuman, juga meningkatkan kesakitan pesalah. Kulit punggung akan melebam bila dirotan satu kali. Akan tetapi sekiranya rotan lima kali keatas dikenakan, kulit punggung pesalah akan tanggal dan mulai berdarah.

Segala hukuman merotan mesti dijalankan dalam satu sessi. Sekiranya pesalah itu pengsan, ataupun pegawai perubatan mengarahkan perlaksanaan hukuman diberhentikan kerana pesalah tidak boleh meneruskan lagi, pelaksanaan merotan akan ditamat. Suatu permohonan akan dibuat kemudian ke makhamah supaya baki rotan digantikan kepada hukuman pengurungan. Biasanya, setiap rotan disamakan dengan lima atau enam bulan pengurungan.

Rotan yang terpakai boleh digunakan semula. Walaupun demikian, tindakan pencegah perlu diambil untuk pesalah yang menghidapi HIV. Rotan yang baru akan diguna untuk kes tersebut, dan selepas siap diguna, rotan itu akan dibakar. Petugas merotan juga dikehendaki memakai smock perlindungan, sarung tangan dan cermin mata, takutkan daging dan darah pesalah HIV terkenanya.

Selepas dirotan, pesalah akan terus dihantar ke klinik penjara untuk mendapat rawatan. Pesalah akan dihospitalisasikan sehingga dia menyembuh, tertakluk kepada kecukupan katil. Buat sementara, pesalah terpaksa berbaring dengan bahagian perut menghadapi katil, kerana kecederaan punggung.

Perigi General Yamashita

Perigi General Yamashita di Penjara Johor Bahru

Perigi ini dibina pada tahun 1883, semasa membina penjara ini, sebagai sumber air untuk pesalah yang ditahan. Mengikut cerita kakitangan penjara lama, pada zaman pemerintahan tentera Jepun, perigi ini digunakan sebagai tempat pelaksanaan hukuman pancung keatas pesalah oleh General Tomoyuki Yamashita. Dipercayai perigi ini berpuaka dan beberapa kakitangan penjara Johor Bahru dan penghuni penjara mengalami peristiwa-peristiwa yang menakutkan, seperti pernah terjumpa perigi mengeluarkan api pada waktu malam, terjumpa makhluk besar sedang berdiri diatas perigi tanpa kepala dan wanita berambut panjang merasuk anggota penjara masuk kedalam perigi, dan berbagai cerita misteri lagi.

Pameran dan lawatan

Jalan masuk ke Bangunan Pentadbiran Penjara Johor Bahru

Sejak 30hb Ogos 2005, penjara itu dikosongkan dan dibuka kepada orang ramai untuk lawatan. Tempoh pameran dan lawatan ini adalah daripada 1hb September sehingga 15hb Disember, 2005. Pameran ini bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat melihat, merasai pengalaman dan mendapat-kan pengetahuan tentang kehidupan yang dilalui oleh banduan semasa menjalani hukuman penjara agar timbul kesedaran dan keinsafan. Kesedaran dan pendidikan ini diberi melalui ceramah, tayangan video, demonstrasi merotan dan lawatan ke dalam penjara. Bayaran masuk ialah RM5.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak yang berumur 7 tahun hingga 17 tahun.

Pelan Lakar Kawasan Penjara

Berkas:Prison layout.jpg


  • Sumber: Risalah Pameran yang diterbitkan oleh Penjara Johor Bahru, dan matlumat-matlumat daripada tayangan video dan demonstrasi merotan (6hb September 2005)