Universitas Putra Malaysia

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Langsung ke: navigasi, cari

Universitas Putra Malaysia (bahasa Melayu: Universiti Putra Malaysia, UPM) adalah sebuah universitas di Malaysia. Universitas ini didirikan pada tahun 1971 sebagai Universiti Pertanian Malaysia, melalui penggabungan antara Fakultas Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universitas ini bermula dengan tiga buah fakultas yaitu Pertanian, Perhutanan dan Kedoktoran Hewan dan Sains Peternakan dan terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan. Walaubagaimanapun, pada awal tahun 80-an, UPM telah memperluaskan bidang tumpuannya dengan memasukkan bidang Sains dan Teknologi (S&T).

Pada tahun 1994, UPM memulakan satu rancangan yang bercita- cita tinggi untuk membina Universiti Masa Hadapan yang menyediakan sistem-sistem penyampaian yang lebih baik dan terkini dalam pendidikan sains dan teknologi dengan memanfaatkan bidang teknologi maklumat (IT) yang sedang pesat berkembang. UPM telah bertukar dengan pesatnya menjadi kampus tanpa sempadan yang melampaui sempadan kebangsaan.

Kemuncak dari itu ialah dengan penukaran nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia pada 3 April 1997 oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad. la adalah merupakan satu langkah strategik untuk mencerminkan kedudukan UPM sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang berupaya menawarkan pelbagai program pengajian bagi menghadapi alaf baru pembangunan masa hadapan negara.

Pranala luar[sunting | sunting sumber]