Qiyamul Lail

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Langsung ke: navigasi, cari

Qiamullail adalah merujuk kepada amalan beribadat pada malam hari dengan mengerjakan salat-salat sunat seperti salat Sunat Taubat, Tahajjud, Witir dan lain2, serta amalan2 seperti membaca Al-Quran , berzikir , beristighfar, berdoa dan sebagainya . Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai.

Kelebihan[sunting | sunting sumber]

Banyak ayat Al-Qur'an dan hadith nabi yang menerangkan tentang kelebihan bagi mereka yang mengerjakan ibadah Qiamullail. Di antaranya ialah firman Allah S.W.T.:

Maksudnya:
"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "Sembahyang Tahajjud" padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji".
(Surah al-Isra': 79)

Ketika melakukan digalakkan melakukan salat sunat seperti berikut :-

  1. Solat Sunat Awwabin
  2. Solat Sunat Tahajjud
  3. Solat Sunat Hajat
  4. Solat Sunat Taubat
  5. Solat Sunat Tasbih
  6. Solat Sunat Witir

Pranala luar[sunting | sunting sumber]