Partai Islam Se-Malaysia
|
|
Halaman ini belum atau baru diterjemahkan sebagian dari bahasa Melayu. Bantulah Wikipedia untuk melanjutkannya. Lihat panduan penerjemahan Wikipedia. |
| Parti Islam Se-Malaysia ڤرتي اسلام س-مليسيا (PAS) |
|
|---|---|
| Didirikan | 4 April, 1956 |
| Kantor pusat | Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur |
| Ideologi | Islamisme, fundamentalisme Islam, Demokrasi Islam |
Partai Islam Se-Malaysia (bahasa Melayu: Parti Islam Se-Malaysia), disingkat PAS, adalah sebuah partai politik di Malaysia. Partai ini didirikan untuk menjadikan Islam sebagai tuntunan hidup dan bertujuan menjadikan Malaysia sebagai negara Islam. PAS memperjuangkan kedaulatan Islam dan meletakkan Islam sebagai faksi pemerintahan. Walaupun PAS adalah sebuah partai yang mendukung Islam, tetapi di Malaysia PAS dianggap sebagai oposan atau pihak pembangkang.
Presiden PAS sekarang adalah Abdul Hadi Awang dan merupakan salah seorang wakil dewan dari negera bagian Terengganu. mantan timbalan presidennya adalah Nasharudin Mat Isa. Beberapa anggota penting partai ini antara lain atau naib presiden PAS Husam Musa, Sallahudin Ayub, dan Dato' Mahfuz Omar.
PAS menerbitkan satu koran resmi, yaitu Harakah.
Daftar isi |
Sejarah pendirian [sunting]
Awal mula berdiri [sunting]
Mengikut satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu 25 November 1951).
Walaupun di sini terdapat dua tarikh yang berbeza, namun bagi ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS, fakta kedua (24 November 1951) adalah tarikh kepastian PAS ditubuhkan.
Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Pulau Pinang).
PAS atau Persatuan Islam Se-Malaya (nama asalnya) adalah pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah pada tahun 1948.
Latar belakang pendirian [sunting]
Golongan reformasi ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam, tetapi turut menyuarakan pendapat bahawa kelemahan umat Islam sebenarnya adalah berpunca daripada masyarakat Islam yang tidak mahu mengikut ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah.
Dalam usaha mereka menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya kembali semula kepada Islam, pada tahun 1906 mereka telah berjaya menerbitkan sebuah majalah di Singapura yang diberi nama al-lmam. Selanjutnya pada tahun 1925 terbit pula akhbar Edaran Zaman di Pulau Pinang, majalah al-Ikhwan pada tahun 1926 dan Suara pada tahun 1928.
Dengan terbitnya akhbar dan majalah tersebut, golongan ini telah berjaya mencetuskan Revolusi lntelektual di kalangan masyarakat Melayu dan akhirnya bibit-bibit kesedaran yang ditanamkan itu telah mendorong masyarakat Melayu untuk menubuhkan beberapa kesatuan atau pertubuhan bagi memajukan bangsa Melayu dan umat Islam pada tahun-tahun berikutnya.
Hizbul Muslimin: Cikal bakal berdirinya PAS [sunting]
Melalui MATA dalam satu mesyuarat agung tahunannya telah berjaya melahirkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948. Tujuan PKMM melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi mengumpulkan tenaga para ulama.
Sebagai sebuah parti Islam pertama di negara ini, Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman Islam serta mewujudkan sebuah negara Islam atau Darul Islam. Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO.
Bagaimanapun, riwayat hidup Hizbul Muslimin berakhir pada Ogos 1948 apabila British bertindak mengharamkannya disamping menahan seramai tujuh orang pucuk pimpinannya, termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Baqir sendiri di bawah Undang-undang Darurat atau Emergency Regulations.
Sungguhpun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti, namun keghairahan sokongan rakyat khususnya dari alim ulama terhadap perjuangan politiknya amatlah memberangsangkan. Semangat dan sokongan kental inilah yang akhirnya merintis jalan mudah ke arah penubuhan PAS pada tahun 1951.
Dalam hal ini, ramai ahli sejarah berpendapat penghargaan dan pengiktirafan perlulah dihulurkan kepada Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pemimpin MATA dan seterusnya Hizbul Muslimin yang telah menggarap sebahagian besar dari ground work bagi melebarkan persekitaran untuk memudahkan penubuhan PAS.
Peranan Hizbul Muslimin dalam penubuhan PAS lebih tertonjol lagi apabila sebahagian besar dari bekas pucuk pimpinan pusatnya turut menyertai PAS dan memainkan peranan secara aktif. Mereka antaranya termasuklah Ustaz Othman Hamzah, Ustaz Baharuddin Abd. Latiff, Tuan Haji Khaider Khatib dan Ustaz Yunus Haji Yatimi.
Besar kemungkinan juga Bahagian Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan turut diresapi dengan pengaruh Hizbul Muslimin ini. Tambahan lagi ramai pemimpin agama dalam UMNO ketika itu kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang bercadang untuk menaja perjudian (loteri).
Walaupun perhimpunan ulama dan orang perseorangan yang dianjurkan oleh Bahagian Agama UMNO itu pada mulanya berjaya menubuhkan Pertubuhan Ulama, tetapi atas inisiatif Ustaz Othman Hamzah, bekas Ahli Jawatankuasa Hizbul Muslimin yang mewakili Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunung Semanggol berjaya melahirkan Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) bagi menggantikan Pertubuhan Ulama Se-Malaya yang dicadangkan pada mulanya.
Para pendiri [sunting]
Maka PAS telah ditubuhkan secara rasmi hasil dari perhimpunan atau muktamar tersebut, yang antaranya turut disertai oleh:
- Persatuan guru-guru agama dari Perlis.
- Persatuan ulama dari Kedah.
- Persatuan anak-anak Kalimantan Malaya (PERKAM) Perak.
- Kelab Darul Ehsan dari Selangor.
- Kelab Melayu Bagan dari Seberang Perai.
- Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunong Semanggol, Perak.
- Perikatan Melayu Bersatu dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.
- Dan lain-lain badan kebajikan, kelab atau jamaah terutamanya dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.
Juga hadir sama beberapa orang Tuan Guru, wartawan, imam dan kadhi atas nama peribadi.
Azas, ideologi dan pijakan politis PAS [sunting]
Adapun Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:
PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.
KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.
KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.
KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.
Presiden [sunting]
| Nama | Periode menjabat |
|---|---|
| Hj Ahmad Fuad bin Hassan | 1951 - 1953 |
| Dr Hj Abbas bin Hj Ilias (Pemangku) | 1953 - 1956 |
| Dr Burhanuddin bin Hj Mohd Noor al-Hilmi | 1956 - 1969 |
| Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda (Pemangku ketika Dr Burhanuddin ditahan ISA) | 1965 - 1966 |
| Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda | 1969 - 1982 |
| Tuan Guru Haji Yusuf Rawa | 1982 - 1989 |
| Dato' Haji Fadzil Mohd Noor | 1989 - 2002 |
| Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang | 2002 - kini |
Kepimpinan [sunting]
Kepimpinan PAS Pusat [sunting]
Bagi sesi 2011-2013[1], kepimpinan PAS Pusat adalah seperti berikut:-
| Nama | Jabatan |
|---|---|
| Mursyidul Am | Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat |
| Wakil Mursyidul Am | Tuan Guru Dato’ Dr. Hj Haron Din |
| Presiden | Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang |
| Wakil Presiden | Hj Mohamad Sabu |
| Wakil Presiden I | Dato’ Hj Husam Musa |
| Wakil Presiden II | Salahuddin Ayub |
| Wakil Presiden III | Dato' Hj Mahfuz Omar |
| Ketua Dewan Ulama' | Ustaz Dato' Ustaz Hj Harun Taib |
| Ketua Dewan Pemuda | Ustaz Hj Nasrudin Hassan Tantawi |
| Ketua Dewan Muslimat | Ustazah Hjh Nuridah Salleh |
| Sekretaris Jenderal | Dato' Hj Mustafa Ali |
| Bendahara | Dr Mohd Hatta Ramli |
| Ketua Penerangan | Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man |
| Koordinator Pemilihan Umum | Dato' Hj Abdul Halim Abdul Rahman |
\
Ahli PAS bagi Parlimen Malaysia ke-12 [sunting]
Lihat pula [sunting]
- Dasar-dasar PAS
- Peranan Ulama Dalam Era Globalisasi[1]
- Politik Malaysia
