Orang Negrito

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Langsung ke: navigasi, cari

Orang Negrito merupakan penduduk yang paling awal di Kepulauan Melayu dan merupakan salah satu kaum Orang Asli di Malaysia. Mereka dipercayai hadir di rantau nusantara sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan.

Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.

Di Kedah dan Perak, mereka dikenali sebagai orang-orang Semang dan di Kelantan sebagai orang-orang Pangan. Orang-orang Negrito mempunyai tubuh badan yang kecil dan berambut kerinting.

Orang-orang Negrito juga terdapat di Filipina, dan Australia. Orang-orang Negrito yang terdapat di Filipina dikenali sebagai Aetas, dan mereka yang terdapat di Australia dikenali sebagai Orang Hitam.