Suku Melayu Kedah

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
(Dialihkan dari Melayu Kedah)
Suku Melayu Kedah
ﻤﻼﻴﻮ ﻗﺪﺡ
Orang Utara
Daerah dengan populasi signifikan
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Bahagian Utara Perak, Selatan Thailand & Selatan Myanmar
Bahasa
Bahasa Melayu Kedah, Bahasa Melayu, Bahasa Thai, Bahasa Burma
Agama
Sunni Islam
Kelompok etnik terkait
Suku Melayu

Suku Melayu Kedah adalah antara sub-suku Melayu yang terbesar di Malaysia. Mereka merupakan antara penghuni terawal Semenanjung Tanah Melayu[butuh rujukan]. Kumpulan ini membentuk kira-kira 15% Suku Melayu di Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Kedah pernah menjadi salah satu kerajaan purba yang terbesar di Nusantara. Kerajaan ini membentang daripada Divisi Tanintharyi di selatan Myanmar sehingga ke bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu. Empayar Kedah juga pernah meliputi seluruh bahagian selatan Thailand. Ini menyebabkan sehingga ke hari ini majoritas Melayu Myanmar dan sebahagian Melayu Thailand berketurunan daripada Melayu Kedah[butuh rujukan].

Menurut sumber sejarah, Kerajaan Kedah merupakan salah satu kerajaan yang terkenal oleh pedagang dari Jazirah Arab. Ini menyebabkan perkahwinan campur antara suku Melayu dengan pedagang Arab. Disebabkan kuatnya pengaruh arab terhadap Bahasa Melayu Kedah, kita boleh menyimpulkan bahawa sebahagian besar daripada Melayu Kedah mempunyai darah campuran Arab. Namun, ini tidak bermakud bahasa setiap Melayu Kedah merupakan keturunan arab. Misalnya, sebagian mereka yang di Pulau Pinang berkemungkinan mempunyai darah India, manakala mereka yang berada di Thailand mempunyai darah campuran Suku Thai.

Lembah Kedah[sunting | sunting sumber]

Majoritas daripada penduduk Lembah Kedah merupakan berketurunan suku Melayu Kedah. Lembah ini meliputi Provinsi Satun di Thailand serta 3 negara bagian utara Malaysia (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang). Ia meliputi kawasan berkeluasan kurang lebih 25,908 km persegi.

Nama etnis[sunting | sunting sumber]

Pada hari ini, kebanyakkan suku Melayu Kedah menggelar diri mereka sebagai Orang Utara berikutan tempat asal mereka di utara Semenanjung Malaya. Begitu juga bahasa mereka yang dikenali sebagai Pelet Utara atau logat utara.

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Bahasa Melayu Kedah
بهاس ملايو ﻗﺪﺡ
Bahasa Utara
Dituturkan diMalaysia, Thailand, Myanmar Indonesia
WilayahKedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak Utara (Malaysia), Satun, Phuket. Hat Yai, Songkhla, Phattalung (Thailand), Tanintharyi (Myanmar), Langkat, Sumatera (Indonesia)
Penutur
3.800.000
Kode bahasa
ISO 639-3meo
QIDQ12697565
 Portal Bahasa
Sunting kotak info
Sunting kotak info • L • B • PW
Info templat
Bantuan penggunaan templat ini

Bahasa Melayu Kedah boleh dibahagikan kepada beberapa sub-dialek, antaranya Kedah Pesisir (Standar), Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang, Satun dan lain-lain.

Bahasa Melayu Kedah Bahasa Melayu Standar
Hang Kamu
Cek Saya
Depa Mereka
Hangpa Kalian
Pasepa Kenapa
Pi Pergi
Mai Datang, Mari
Awat, Pasepa Mengapa
La Sekarang
Sat Sebentar, Sekejap
Mengkala Bila, Apabila
Ketegaq Degil
Jom Ayuh, Mari
Kot Mungkin, Barangkali
GeRek Basikal

Adat dan budaya[sunting | sunting sumber]

Sebahagian besar adat serta budaya masyarakat Melayu Kedah mempunyai persamaan dengan Suku Melayu Semenanjung Malaysia. Perbedaan utama ialah dialek mereka yang agak berbeda dengan Bahasa Melayu standar. Antara Kebudayaan Melayu Kedah ialah:

Tokoh-tokoh Melayu Kedah[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Asmah Haji Omar (2008). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
  • (Inggris) Dato’ James F. Augustin (1996) Bygone Kedah. Alor Setar: Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman
  • Intisari Kebudayaan Melayu Kedah (1986). Alor Setar: Majlis Kebudayaan Negeri Kedah.