Majlis Bandaraya Shah Alam

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Langsung ke: navigasi, cari
Majlis Bandaraya Shah Alam

Sebelum 1963, Shah Alam dikenali sebagai Sungai Renggam dan merupakan ladang kelapa sawit yang terletak di antara Petaling Jaya dan Bandar Diraja Klang serta dihubungkan melalui satu-satunya lebuhraya pada ketika itu, Lebuhraya Persekutuan.

Kepesatan Malaysia semenjak merdeka pada tahun 1957 di bawah 'Bapa Permodenan', Perdana Menteri Malaysia yang kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Shah Alam dibuka pada tahun 1963 bertujuan untuk dijadikan pusat pentadbiran Selangor setelah Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974. Atas perkenan DYMM Sultan Selangor ke-8, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj pada 7 Disember 1978, Shah ALam diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor dengan keluasan kawasan 41.69km persegi. Shah Alam pernah mengalami beberapa kali proses perluasan kawasan dan yang terakhir adalah pada 1 Januari 1997. Melalui Pelan Warta 1190, Shah Alam diperluaskan kepada 293 km persegi.

Kepesatan pembangunan Shah Alam dan kepentingan yang semakin ketara telah membawa kepada kenaikan taraf dengan pengisytiharannya sebagai sebuah bandar raya pada 10 Oktober 2000. Pengisytiharan ini disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Menteri Besar Selangor yang ke-13. Shah Alam yang ditadbirkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Perbandaran Shah Alam sejak 1978 secara automatiknya mendapat taraf Majlis Bandaraya Shah Alam. Dengan kepadatan penduduk seramai 450,000 ribu Shah Alam mensasarkan pertambahan penduduk sehingga 700,000 orang menjelang 2010 hasil dari penghijrahan rakyat seluruh negara selain pertambahan bilangan kelahiran.