Mahmeri

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Revisi sejak 5 April 2013 18.05 oleh EmausBot (bicara | kontrib) (Bot: Migrasi 4 pranala interwiki, karena telah disediakan oleh Wikidata pada item d:Q3111143)

Mahmeri ialah suku orang Asli Senoi yang ramai tinggal di Pulau Carey, Selangor Darul Ehsan.

Definasi

Mah Meri bermakna "Orang Hutan" sementara dalam istilah bahawa Mah Meri disebut "bersisik". Mereka juga dikenali sebagai Orang Laut kerana mereka tinggal berhampiran dengan laut dan bekerja sebagai nelayan. Mereka ini dipercayai berhijrah dari pulau-pulau di selatan Johor ke pantai negeri Selangor kerana lari dari musuh.

Kini masyarakat Mah Meri telah mengalami perubahan dari segi pemikiran dan pembangunan hasil dari percampuran dengan masyarakat lain.

Ukiran

Ramai di antara mereka kreatif mengukir patung-patung yang dibuat daripada kayu. Ukiran mereka berbentuk dewa-dewa , manusia , alam flora dan fauna. Objek yang cukup menghiburkan ialah patung anak kera yang bergayut pada emaknya. Patung-patung ini mendapat pengiktirafan UNESCO.

Kepercayaan

Kepercayaan tradisional orang Asli Mahmeri berkaitan dengan perubatan dan penyakit. Upacara mengubat orang sakit 'Genggulang' bagi orang Mahmeri sangat penting untuk mengubati penyakit mereka.

Muzium Mahmeri

2005 Muzium Orang Asli Mahmeri di kawasan seluas 2.4 hektar di Wetland, Dengkil, Sepang akan dibina oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan .

Pusat Kraftangan Mahmeri akan mempamerkan hasil kreatif orang Asli khususnya suku Mahmeri. Selain itu menjalankan penyelidikan mengenai bahasa, budaya dan muzik masyarakat orang asli bagi mencungkil bakatnya.

Hasil kraftangan masyarakat Mahmeri di Sungai Bumbun, Kuala Langat mempunyai nilai seni yang tinggi dan berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

Nilai kesenian produk masyarakat itu telah menarik minat wakil Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) .